top of page

Hubungan dengan Rusia: Langkah strategik manfaatkan Malaysia, ASEAN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 2 min read


Oleh: Hasbul Ahmad


Langkah kerajaan Malaysia memperkukuh hubungan dua hala dengan kuasa besar seperti Rusia merupakan sebahagian daripada usaha diplomasi strategik yang menjanjikan manfaat besar kepada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.


Ketua KEADILAN Cabang Pulai, Faezuddin Puad (gambar) berkata, dalam tempoh kurang setahun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan dua pertemuan rasmi dengan pentadbiran Presiden Vladimir Putin, membuktikan satu langkah berani yang mencerminkan keterbukaan Malaysia terhadap pelbagai blok kuasa dunia.


"Kita yakin dan percaya hasil hubungan yang baik ini akan meningkatkan hubungan diplomatik dan nilai perdagangan, selain rakyat Malaysia juga berpeluang untuk meneroka bidang-bidang baru seperti aero-angkasa, farmaseutikal, TVET.


"Kita juga boleh bertukar-tukar pandangan dari segi teknologi dan juga kemahiran. Hubungan erat ini memberi impak langsung kepada rakyat, terutamanya melalui peningkatan perdagangan dan penciptaan peluang ekonomi.


"Sudah tentu usaha dilakukan oleh kerajaan memberikan begitu banyak manfaat kepada rakyat Malaysia," kata Faezuddin kepada Suara Keadilan ketika ditemui di perkarangan Persada Johor sempena Kongres KEADILAN 2024/2025.


Beliau turut merujuk nilai dagang antara Malaysia dan Rusia yang mencapai kira-kira AS$ 3.5 bilion menjelang September 2024, yang menunjukkan pertumbuhan kukuh dan mencerminkan peningkatan kerjasama ekonomi antara Malaysia dan negara itu.


Katanya kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Rusia terus berkembang dengan fokus pada sektor-sektor seperti tenaga, digitalisasi, dan pelaburan selain seperti pembaharuan perjanjian. Selain hasrat penyertaan Malaysia dalam BRICS turut menyokong pengukuhan hubungan ekonomi kedua-dua negara.


"Kita mengamalkan satu pelan dagangan yang lebih seimbang - maknanya, jalan tengah. Kita boleh berhubung dan juga berdagang dengan sesiapa pun.


"Itu merupakan jalan yang terbaik untuk memperkenal dan mengekalkan kekukuhan ekonomi kita," katanya.


Tambah Faezuddin, sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia memainkan peranan penting dalam mempromosikan pendekatan diplomatik yang berkecuali — tidak terlalu condong kepada Amerika Syarikat mahupun China.


Pendekatan ini membuka laluan kepada ASEAN untuk berhubung dengan pelbagai negara, termasuk Rusia, atas dasar kepentingan bersama.


Katanya inisiatif Malaysia menjalin hubungan dengan Rusia bukan sekadar langkah diplomatik, tetapi strategi bersepadu untuk menjamin kesejahteraan rakyat yang berpotensi dalam pelbagai bentuk seperti peluang, pertumbuhan pelancongan dan pertukaran teknologi bagi memastikan rakyat Malaysia menikmati hasil daripada dasar luar negara yang matang dan progresif.


"Diplomasi bijak Perdana Menteri memberi inspirasi kepada negara-negara ASEAN lain untuk lebih berani membina hubungan alternatif demi manfaat bersama," tambah Faezuddin lagi.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page