top of page

Hubungan dengan China kepentingan strategik buat Malaysia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 20, 2024
  • 1 min read

ree

Hubungan diplomatik yang terjalin antara Malaysia dengan China sejak 50 lalu lebih daripada rakan dagang biasa dan merupakan hubungan persahabatan strategik.


Hal itu dinyatakan oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis makan malam sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik antara Malaysia dan China, meraikan lawatan PM China Li Qiang.


"Saya percaya menjadi kepentingan strategik buat Malaysia untuk menjalin persahabatan dan kerjasama dengan China, dan bukan sebaliknya.


"Selain itu, hubungan perdagangan yang kukuh juga menunjukkan kepentingan mendalam hubungan ekonomi antara kedua-dua negara.


"Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan China bagi mencipta era baru hubungan antara kedua-dua negara yang telah erat terjalin sejak sekian lama," kata Anwar.


Selain itu, kedua dua pemimpin turut bertukar-tukar buku dan setem khas bagi memperingati ulang tahun hubungan diplomatik.


Anwar turut menyerahkan syiling peringatan kepada Premier Li.


PM berharap hubungan diplomatik Malaysia dan China akan lebih diperteguh dan menyeluruh selepas ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page