top of page

Huawei puji anak muda Malaysia, punya potensi untuk digilap



Oleh: Noraini Nordin


(Yang turut bersama dalam Lawatam Rasmi Delegasi KEADILAN ke Republik Rakyat China Sempena Sambutan Ulang Tahun ke 50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China)


SHENZEN: Syarikat gergasi teknologi China, Huawei memuji Malaysia kerana mempunyai ramai bakat muda yang boleh diketengahkan dalam mengharungi kepesatan teknologi maklumat yang sentiasa berkembang.


Dalam hubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia, Simon Sun berkata, pihaknya sedia menawarkan program latihan kepada pelajar-pelajar institut pengajian tinggi Malaysia bagi memastikan bakat-bakat tersebut terjamin manfaatnya.


Menurut beliau, Huawei terlibat dalam pelbagai bidang teknologi yang berguna dalam persekitaran kehidupan semasa.


Jelas beliau lagi, antara lain Huawei menyediakan perkhidmatan pemetaan secara langsung (live mapping) melalui pusat operasi mereka untuk merungkai serta memberi gambaran menyeluruh tentang situasi di dalam bandar.


Kata beliau di Bandaraya Shenzen, pusat operasi itu dikendalikan oleh Dewan Bandaraya Shenzen.


"Sistem ini mampu memantau persekitaran yang berlaku di Shenzen, termasuk trafik, perkhidmatan kecemasan, pembangunan baru, kegendalaan infrastruktur dan sebagainya melalui skrin papan pemuka yang memperincikan segala data berkaitan dengan bandaraya tersebut," katanya.


Beliau memberi pencerahan itu sewaktu memberi taklimat kepada delegasi Parti Keadilan Rakyat yang melakukan Lawatan Rasmi ke Republik Rakyat China Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China.


Delegasi KEADILAN diketuai oleh Naib Presiden Nurul Izzah Anwar.


Sektor kesihatan melalui teknologi


Simon berkata, Huawei juga menyediakan perkhidmatan dalam sektor kesihatan melalui teknologi AI (kecerdasan buatan) bagi meningkatkan keberkesanan setiap hospital di Shenzen.


Dialog membina Nurul izzah dan Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia, Simon Sun

"Sistem tersebut mampu mengagihkan pesakit dan pegawai perubatan bagi mengimbangkan kapasiti setiap institusi kesihatan mengikut kawasan dan kepakaran.


"Dalam sektor pengangkutan pula, Huawei mereformasikan sistem rangkaian jalanraya dan keretapi untuk memastikan keadaan trafik sentiasa terkawal serta keselamatan terjaga.


"Huawei turut memperkenalkan sistem galian petroleum dan gas, serta perlombongan mineral yang lebih efisyen di samping penggunaan sistem rangkaian robot bagi tugas-tugas tertentu yang membahayakan seperti pengoperasian mesin berat dan pengeboman bawah tanah.


"Ini sekaligus dapat memastikan kerja-kerja 3D (dangerous, dirty, difficult) dapat dikendalikan oleh robot dan kecerdasan buatan secara lebih berkesan," katanya.


Meski begitu, menurut beliau, pekerja-pekerja sedia ada masih mengekalkan pekerjaan masing-masing, malah diberi tugas yang lebih selesa sebagai penyelia di pusat-pusat operasi yang ditubuhkan.


"Misalnya, pekerja yang dahulunya merupakan pelombong, kini sudah beralih dengan mengoperasi sistem kawalan jarak jauh untuk robot-robot," katanya.


Sementara itu, Nurul Izzah berkata, pihaknya menyambut baik Huawei Malaysia untuk menawarkan kursus latihan kepada pelajar dan pekerja bagi tujuan peningkatan ilmu dan kemahiran mereka.


KEADILAN juga, katanya, turut mengalu-alukan kewujudan bengkel dua hala bagi memperkasakan kerjasama antara kerajaan dengan Huawei Malaysia.


Keluar dari perangkap pendapatan menengah


Nurul Izzah berkata, Malaysia perlu keluar daripada 'perangkap' pendapatan pertengahan dengan cara mewujudkan sistem latihan bakat yang teratur dan holistik. Beliau percaya hanya dengan memiliki kemahiran baharulah pendapatan tinggi boleh diperolehi.


Jelas beliau, meningkatkan kemahiran serta menjalani latihan semula adalah cara untuk meningkatkan pendapatan.


"Tawaran yang diberi Huawei kepada anak-anak muda mengikuti latihan, khususnya pelajar institut pengajian tinggi adalah bagi memastikan bakat-bakat dapat dipupuk dengan terjamin," katanya.


Tambah Nurul, sudah sampai masanya Malaysia menggunakan sistem yang berintegrasi supaya pihak berkuasa tempatan dapat menambahbaikkan sistem perkhidmatan kepada rakyat melalui rangkaian data yang lebih menyeluruh.


Untuk rujukan, lawatan delegasi KEADILAN di China yang masuk hari kesembilan ini amat bermanfaat kepada peserta.


Delegasi berpeluang menimba pelbagai ilmu serta berkongsi pengalaman dengan lancar serta harmoni.


Nurul Izzah selaku peneraju rombongan juga telah menunjukkan komitmen tinggi serta mampu melunaskan amanah yang digalas dengan berkesan.

_______________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page