top of page

Howard Lee dikecam, pemimpin Cina, India Pas guna ayat Quran bagaimana?



Tindakan Ahli Parlimen Ipoh Timur dari DAP, Howard Lee yang ditohmah mentafsir ayat al Quran dan dianggap Pas mempermainkan Islam tidak tepat sama sekali dari sudut agama.


Menurut Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Razeef Rakimin, telah disepakati para ulama muktabar bahawa al-Quran adalah panduan hidup dan turunnya mukjizat itu sebagai rahmat untuk sekelian alam.


Selain itu, Razeef berkata, ayat terjemahan yang digunakan oleh Howard Lee hanyalah menyentuh tentang ketaatan kepada pemimpin ulil amri seperti Yang di-Pertuan Agong dan kerajaannya, bukan menyentuh hukum hakam Islam.


"Saya tidak melihat beliau menggunakan ayat suci seperti mana pemimpin Pas menafsir atau menunggung ayat suci berkenaan mengikut nafsu.


"Saya melihat dalam ceramah Pas sebelum ini terdapat beberapa dari pemimpin Dewan Himpunan Penyokong Pas (bukan Islam) yang menggunakan ayat suci Al-Quran dalam ceramah politik. Malah ada yang mengakui berkali-kali mimpi bertemu Rasulullah s.aw.


"Ketika ini di mana suara pemimpin Pas? Malah ayat suci al-Quran yang ditunggang DHPP mendapat laungan "takbir" dari para walaun yang hadir," kata Razeef dalam satu kenyataan.


Beliau turut mengimbau tindakan Pas dalam Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat yang turut disertai DAP sejak 1999 hingga 2015 yang mana ulama parti itu cukup senang apabila DAP berjinak jinak dengan al Quran.


Namun katanya, apabila DAP menjadi musuh Pas maka kejinakkan terhadap al Quran itu telah menjadi satu kesalahan pula.


"Saya masih ingat bila Pas bersama DAP dahulu dalam Pakatan Rakyat, bagaimana mereka memuji beberapa pemimpin DAP yang mula belajar dan mendekati Al-Quran.


"Masa itu mereka kata ia bukti kejayaan dakwah Pas. Tapi kenapa sekarang nada mereka berubah. Malah apa salah ayat yang digunakan Howard?


"Saya tidak melihat Howard menghina ayat suci al-Quran, sebaliknya beliau memetik ayat suci bagi mengingatkan dirinya dan sesama kita tentang ketaatan dan adab terhadap ulil amri.


"Saya masih ingat betapa bangganya Allahyarham Tok Guru Nik Aziz bila rakan rakan bukan Islam dari DAP mula menjadikan Al-Quran sebagai rujukan," katanya lagi.


Tegas Razeef, beliau bersyukur apabila rakan bukan Islam mempelajari al-Quran dan jadikannya panduan hidup termasuk sebagai rujukan untuk menjadi seorang pemimpin yang baik.


Katanya, sepatutnya pemimpin Pas mendoakan mereka mendapat hidayah bukan memarahi dan menjauhkan mereka dari al Quran.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page