top of page

Hospital swasta, syarikat insurans ringankan beban rakyat!



Oleh: Dr. Tan Yee Kew


Sikap tidak bertanggungjawab dan cuba mengelak yang dilakukan oleh Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) dan tiga persatuan syarikat insurans (LIAM, PIAM dan MTA)) di dalam merawat pesakit Covid-19 di hospital swasta, amat dikesali oleh saya dan ramai rakyat yang prihatin di negara ini.


Terdapat 48,150 pesakit Covid-19 aktif dan 15% daripadanya memerlukan rawatan di hospital. Dengan rekod 5,298 kes baru baru-baru ini dan jangkaan peningkatan berterusan dalam beberapa bulan akan datang, tidak mungkin sistem kesihatan awam kita dapat menampung pesakit lebih ramai. Oleh itu, melibatkan hospital swasta yang memang dilengkapi dengan kemudahan perubatan dan tenaga kerja adalah langkah yang diperlukan untuk memenuhi keperluan segera memandangkan peningkatan kes Covid-19 ini.


Jangan anggap hospital perniagaan


APHM memberi alasan keengganan mereka untuk mengambil pesakit yang didiagnosis dengan Covid-19 seperti kos rawatan, tidak langsung bakal menurunkan pendapatan mereka dan mereka harus menjawab kepada pemegang saham mereka atas kehilangan keuntungan adalah tidak dapat diterima. Harus diingatkan bahawa menjaga kesihatan awam adalah tanggungjawab awam dan swasta, termasuk hospital awam dan swasta, syarikat farmasi dan makmal. Adalah salah untuk menganggap hospital swasta hanya sebagai perniagaan.


Saya tidak mahu melihat mana-mana hospital swasta muflis kerana mengambil pesakit Covid 19, dan saya rasa ini takkan berlaku. Namun ketika sistem kesihatan kita sedang menghadapi krisis, saya berpendapat hospital swasta harus memikul tanggungjawab mereka sebagai sebahagian daripada sistem kesihatan nasional kita dengan hati terbuka dan penuh komitmen.


Diakui akan ada beberapa masalah teknikal yang perlu diselesaikan dalam mengintegrasikan hospital swasta ke dalam sistem penjagaan kesihatan Covid-19 namun ini adalah cabaran yang harus diselesaikan oleh KKM bersama dengan hospital swasta


Bagi syarikat insurans, walaupun kami menghargai tawaran mereka untuk membayar ujian Covid19 dan elaun harian kepada pesakit yang dimasukkan ke hospital awam, kami kecewa dengan LIAM, PIAM dan MTA kerana cuba melepaskan tanggungjawab sama di dalam perlindungan untuk pesakit Covid- 19 di hospital swasta.


Ada masalah tetapi boleh diatasi


Pertikaian seperti pandemik sebagai peraturan, tidak termasuk dalam polisi perubatan dan bahawa tidak ada cukup data yang tersedia untuk syarikat insurans bagi menguruskan kos perlindungan mungkin benar tetapi ini bukan masalah yang tidak dapat diatasi


Saya tahu ada sekurang-kurangnya satu syarikat insurans, iaitu AIA, yang telah mengambil pendekatan lebih bersimpati dan menawarkan polisi perubatan yang merangkumi kos rawatan di hospital sekiranya seseorang perlu dimasukkan ke hospital swasta kerana Covid-19.


Oleh itu, saya menggesa syarikat insurans untuk mengetepikan klausa pengecualian pandemik dalam polisi perubatan mereka yang ada untuk membolehkan pemegang polisi mendapatkan rawatan di hospital swasta.


Ketika seluruh negara berperang dengan wabak terburuk abad ini, 30,000 kilang dan perniagaan telah ditutup, beratus-ratus ribu pekerja kehilangan pekerjaan dan mata pencarian mereka dipertaruhkan, generasi anak sekolah yang tidak dapat hadir dalam talian kelas telah kehilangan pelajaran mereka selama setahun, menjadi keutamaan negara adalah untuk menahan wabak itu, dan memberi rawatan kepada mereka yang dijangkiti. Kepentingan nasional mesti diberikan keutamaan sebelum mengekalkan keuntungan hospital swasta dan syarikat insurans.


Siapa bayar kos rawatan?


Siapa yang perlu membayar bil hospital swasta?


Secara logiknya, pesakit, syarikat insurans, hospital dan kerajaan harus berkongsi kos rawatan.


Saya mencadangkan bagi pesakit yang diinsuranskan, bil tersebut akan dikeluarkan kepada syarikat insurans. Bagi pesakit yang tidak diinsuranskan yang dirujuk oleh hospital awam ke hospital swasta, bil tersebut harus disubsidi sebahagian oleh kerajaan menggunakan peruntukan kerajaan RM100 juta bagi tujuan ini dan sebahagian ditanggung oleh pesakit sendiri. Dan agar sistem berfungsi dengan baik, hospital swasta mesti bersedia untuk membiayai kos dengan penyesuaian caj mereka untuk rawatan dan bilik hospital.


Pada masa ini, tidak ada garis panduan kerajaan mengenai bayaran untuk pesakit Covid-19 di hospital swasta. Saya memahami bahawa pasukan petugas yang terdiri daripada semua pihak berkepentingan telah dibentuk untuk pelaksanaan rancangan integrasi. Adalah penting bagi pasukan petugas untuk menetapkan satu anggaran / jumlah kos untuk rawatan pesakit Covid 19 yang lebih adil dan munasabah.


Hospital swasta tidak boleh caj pesakit dengan Covid-19 dengan standard biasanya yang terlalu tinggi bagi orang biasa yang tidak diinsuranskan tetapi dirujuk ke hospital swasta. Had bayaran hospital akan mengurangkan beban syarikat insurans, pesakit, dan dengan peruntukan kerajaan sebanyak RM100 juta akan dapat memberi subsidi untuk lebih banyak pesakit yang dimasukkan ke hospital swasta


__________________________________________________________________________________


Penulis merupakan Ahli Parlimen Wangsa Maju.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page