top of page

Hormati titah Sultan Selangor, hentikan polemik hukum syariah



Rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati mengenai hasil keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid minggu lalu dinasihatkan agar menghormati titah Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI), Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, titah Tuanku itu sepatutnya menyelesaikan polemik mengenai pembatalan 16 seksyen enakmen syariah Kelantan baru baru ini.


"Patik menjunjung kasih di atas titah nasihat serta pandangan DYMM Tuanku Sultan Selangor selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).


"Semoga titah nasihat Tuanku ini dijadikan panduan serta dituruti semua pihak, tanpa mengira fahaman politik," katanya.


Menurut beliau lagi, seharusnya rakyat dan pembangkang menunggu penyelesaian yang disyorkan MKI dalam tempoh diberikan. MKI katanya, sesuai dengan mandat dari Majlis Raja raja Melayu akan memastikan undang undang syariah kekal utuh bagi orang Islam Malaysia.


"Semua pihak kini perlu bertenang, hormati proses Jawatankuasa Khas yang telah ditubuh di bawah MKI yang diberi masa setahun untuk menyediakan cadangan-cadangan, dan tidak mendahului proses yang telah diumum ini.


"Kementerian Komunikasi akan memberikan kerjasama penuh serta menuruti titah nasihat dan pandangan DYMM Tuanku Sultan Selangor," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page