top of page

'Hormati titah Agong, turunkan suhu politik' - Anwar



Genap dua minggu Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah jawatan masih tidak kelihatan perubahan yang mahu dibawa beliau melalui kerajaan Perikatan Nasional 2.0.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pesan Yang di-Pertuan Agong sewaktu pertemuan ketua-ketua parti politik di Istana Negara awal Ogos lalu, agar suhu politik diturunkan dan reformasi sistem dilaksanakan oleh mana-mana PM yang dilantik Baginda.


"Harus ada kepastian dari pemerintah untuk memperhatikan proklamasi Raja dalam menurunkan suhu politik dan juga komitmen mereka untuk melakukan reformasi yang dituntut oleh rakyat," kata Anwar di Twitter.


Ketika ini, pentadbiran PM Ismail Sabri dilihat masih terkapai-kapai untuk melaksanakan pembaharuan pada ketika kes jangkitan harian Covid 19 kekal tinggi dan ekonomi meleset teruk berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang amat panjang dilaksanakan oleh pemerintah.


Manakala perebutan jawatan berterusan di dalam parti pemerintah dengan ura-ura PM tidak akan melaksanakan usul Undi Percaya di Parlimen pada September ini bagi menguji keabsahan kerajaannya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page