top of page

Hormati proses siasatan, jangan manipulasi isu kematian Zara Qairina

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 2 min read

ree

Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan (gambar), mengingatkan rakyat agar tidak terburu-buru membuat kesimpulan berhubung siasatan kematian Allahyarhamah Zara Qairina, sebaliknya memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan tugas secara telus dan profesional.


Berucap di Dewan Rakyat, beliau merakamkan penghargaan kepada Menteri Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM), pasukan perubatan dan Pejabat Peguam Negara atas langkah berani dan berintegriti dalam mengendalikan kes berprofil tinggi itu.


"Syabas dan tahniah kepada Menteri Dalam Negeri, pasukan polis, pasukan perubatan serta Pejabat Peguam Negara kerana telah mengambil langkah yang sewajarnya. Kertas siasatan juga telah diangkat sebagaimana dimaklumkan oleh Menteri," katanya dipetik Selangortoday.


Sany menegaskan bahawa kes tersebut bukan sekadar tragedi peribadi, tetapi menyentuh seluruh masyarakat dan menuntut keadilan tanpa mengira negeri atau latar belakang.


"Kalau kes berlaku di Kelantan, Sabah, atau Sarawak sekali pun, kita mahu polis segera masuk untuk siasat. Kita perlukan keadilan. Yang membimbangkan ialah apabila timbul pembohongan, fitnah dan sentimen perkauman yang cuba dimanipulasi," tegasnya.


Beliau turut menjelaskan bahawa siasatan masih berjalan, termasuk inkues bagi menentukan sebab sebenar kematian Zara. Oleh itu, katanya, jangan ada pihak tertentu berspekulasi mengenai sebab kematian, hal itu perlu diserahkan kepada pihak berkuasa.


"Kalau kita sendiri yang nak jadi polis, doktor, peguam dan hakim, baik tutup sahaja Parlimen ini. Kita kena hormati proses siasatan. Desakan supaya siasatan berlaku secara adil dan berintegriti itu wajar, tetapi jangan sampai kita mainkan isu perkauman atau politik kepartian," ujarnya.


Mengulas isu bendera terbalik yang turut dibangkitkan, Sany menyeru semua pihak agar tidak menjadikannya polemik melampau.


"Kita semua sayangkan negara ini. Kalau ada kesilapan, tegurlah dengan baik, berhemah dan penuh kasih kepada Malaysia," katanya.


Sany sekali lagi menzahirkan keyakinan bahawa KDN dan PDRM akan memastikan keadilan buat Allahyarhamah Zara Qairina serta keluarganya dicapai dengan penuh amanah dan integriti.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page