top of page

Hormati Pemilihan KEADILAN - Faiz Fadzil

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 17
  • 1 min read

ree

Pemilihan KEADILAN 2025 dan persaingan sesama pemimpin parti itu merupakan urusan dalaman parti berkenaan dan akan selesai dengan baik selepas kongres nasional pada hujung Mei ini.


Sehubungan itu, Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH), Muhammad Faiz Fadzil berharap ahli parti berkenaan tidak mencampuri sebarang urusan Pemilihan KEADILAN.


"AMANAH menghormati pemilihan Parti Keadilan Rakyat yang sedang berlangsung sebagai satu proses demokrasi.


"Memandangkan pentas pemilihan ini adalah urusan keluarga KEADILAN, pimpinan dan ahli AMANAH di semua peringkat tidak harus mencampuri proses ini," katanya dalam satu kenyataan.


Faiz mengingatkan agar ahli AMANAH tidak memberi sebarang pandangan yang boleh disalah tafsir berhubung sokongan politik kepada tokoh tokoh tertentu yang sedang bersaing dalam KEADILAN.


"Justeru, semua ahli AMANAH perlu mengelak daripada membuat sebarang komen atau memberi pandangan dalam mana-mana platform media ataupun wacana berhubung proses pemilihan ini, terutama kecenderungan memihak mana-mana calon bagi mengekalkan kesepaduan yang telah lama wujud antara AMANAH - KEADILAN," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page