top of page

Hormati keputusan PRN Johor, teruskan perjuangan reformasi - Wanita KEADILAN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 14 hours ago
  • 1 min read
Wanita KEADILAN menghargai jentera berkempen dan anggota yang terus mendukung perjuangan reformasi
Wanita KEADILAN menghargai jentera berkempen dan anggota yang terus mendukung perjuangan reformasi

Wanita KEADILAN Pusat merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Johor yang telah menunaikan tanggungjawab mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam, sambil menegaskan komitmen untuk terus memperjuangkan agenda reformasi meskipun keputusan pilihanraya tidak memihak kepada Pakatan Harapan (PH).


Ketua Penerangan Wanita KEADILAN, Datuk Ginie Lim juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh penyokong dan jentera PH atas pengorbanan dan kerja keras sepanjang tempoh berkempen.


"Terima kasih kepada seluruh penyokong dan jentera Pakatan Harapan, khususnya Wanita KEADILAN, atas komitmen, pengorbanan dan kerja keras sepanjang kempen," katanya dalam kenyataan.

Datuk Ginie Lim
Datuk Ginie Lim

Beliau berkata, Wanita KEADILAN menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat menerusi proses demokrasi dan berharap wakil rakyat PH yang dipilih akan terus melaksanakan amanah dengan penuh integriti.


"Wanita KEADILAN menghormati keputusan yang telah dibuat melalui proses demokrasi. Kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Harapan yang diberikan mandat, teruslah menjadi suara rakyat yang berprinsip, berintegriti dan berkesan dalam memperjuangkan kebajikan rakyat serta melaksanakan semak dan imbang yang konstruktif," katanya.


Menurut Ginie, perjuangan reformasi yang menjadi kekuatan PH tidak terhenti dengan berakhirnya pilihanraya, sebaliknya akan diteruskan bersama rakyat bagi memperkukuh agenda perubahan yang dibawa kerajaan.


Beliau menegaskan Wanita KEADILAN akan berdiri teguh menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam mempertahankan agenda reformasi dan menjayakan aspirasi Malaysia MADANI.


"Perjuangan Reformasi tidak berakhir dengan pilihanraya.


"Wanita KEADILAN akan terus bersama rakyat, menyokong kepimpinan PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mempertahankan agenda reformasi dan mendukung aspirasi Malaysia MADANI demi masa depan yang lebih baik," katanya lagi.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page