top of page

Hormati keputusan Mahkamah Persekutuan, elak polemik - Sultan Selangor



Sultan Selangor menegur sikap segelintir pihak yang mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 Seksyen Kanun Jenayah Syariah (1) 2019 Kelantan baru-baru ini berdasarkan polemik kepentingan golongan tertentu sehingga menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam.


Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, ada yang menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut sebagai detik “Black Friday” kepada undang-undang jenayah syariah Islam di negara ini.


Baginda yang enggan terlibat dalam polemik itu bertitah terdapat juga pihak yang memberikan ulasan dan tafsiran sebenar terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan itu termasuk ahli-ahli politik, pengamal undang-undang, ahli akademik dan rakyat biasa.


"Semua pihak harus menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara yang perlu sentiasa didokongi oleh rakyat Malaysia.

"Di dalam menangani isu yang berbangkit ini apa yang lebih penting ialah usaha kita dalam mencari jalan untuk mengatasi segala permasalahan yang timbul dengan mengkaji kaedah memperluaskan kompetensi Badan Perundangan Negeri untuk menggubal undang-undang jenayah syariah dalam kerangka yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan," titah baginda dipetik dari Facebook Selangor Royal Office hari ini.


Titah berkenaan sempena mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) ke-71 yang dipengerusikan oleh baginda di Putrajaya hari ini.


Sultan Sharafuddin bertitah, kajian juga perlu dilakukan sekiranya ada keperluan mencadangkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan kuasa Badan Perundangan Negeri menggubal undang-undang jenayah syariah termaktub secara jelas dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa sebarang kekaburan “ambiguity”.


"Beta telah disembah maklum bahawa Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk menggubal undang-undang Islam yang ditubuhkan atas titah Beta semasa mesyuarat MKI ke-70 pada 28 Ogos 2023, sedang meneliti persoalan yang berbangkit ini.


"Antaranya, melaksanakan kajian terhadap isu-isu yang berkaitan dengan kompetensi termasuklah analisis terhadap peruntukan undang-undang yang sedia ada secara menyeluruh, mengkaji keputusan-keputusan mahkamah tertinggi serta membincangkan isu-isu tersebut secara terperinci," titah baginda.


Selain itu titah baginda, jawatankuasa kuas itu juga perlu membuat pengesyoran tentang kaedah penyelarasan yang terbaik dan harmoni terhadap isu kompetensi Badan Perundangan Negeri untuk menggubal undang-undang Islam serta bidang kuasa Mahkamah Syariah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan mengkaji kaedah memperkasakan bidangkuasa Mahkamah Syariah.


Tambah baginda jawatankuasa khas itu diberi tempoh setahun dari tarikh ia ditubuhkan untuk memberikan sebarang cadangan kepada MKI dan seterusnya diangkat kepada Majlis Raja-Raja untuk diperhalusi dan diperkenankan.

"Beta menyeru dan menggesa semua pihak termasuk pakar-pakar perundangan agar membantu Jawatankuasa Khas ini dengan memberikan cadangan-cadangan yang berilmiah, bernas serta praktikal bagi memudahkan Jawatankuasa Khas ini melaksanakan tugas mereka," titah baginda.


Sementara itu, Sultan Selangor menyeru semua pihak terutama umat Islam agar bertenang dan tidak menimbulkan sebarang kekecohan sementara menantikan cadangan dari jawatankuasa khas berkenaan.


"Di kesempatan ini, beta ingin menasihatkan umat Islam di negara ini terutama kepada para alim ulama dan para ilmuwan Islam agar sentiasa memelihara adab di dalam mencetuskan sesuatu pandangan bagi mengelakkan timbulnya kekeliruan dalam kalangan umat Islam.


"Kita tidak perlu berbalah secara terbuka di dalam perkara yang boleh kita selesaikan dengan cara bermesyuwarah dan secara tertutup. Kita perlu meraikan perbezaan pendapat dan menyelesaikan perbezaan pandangan tersebut secara ilmiah, berhemah serta melalui saluran yang betul," kata baginda lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page