top of page

'Hormati agama lain, elak provokasi, serah siasatan kepada pihak berkuasa'

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 4 hours ago
  • 1 min read

Pengerusi Biro Perpaduan Negeri Selangor, David Cheong Kian Young menyeru semua pihak agar menghormati agama lain serta mengelakkan sebarang bentuk provokasi susulan isu penghinaan terhadap al-Quran yang sedang diperkatakan ketika ini.


Beliau berkata, isu berkenaan perlu ditangani secara tenang, berfakta dan berlandaskan undang-undang, selaras dengan kedudukan Malaysia sebagai negara berbilang agama dan kaum.


"Malaysia ialah negara berbilang agama dan kaum. Keharmonian sosial hanya dapat terpelihara melalui sikap saling menghormati dan kawalan diri dalam setiap tindakan," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, setiap individu memikul tanggungjawab sosial dan perlu sedar bahawa tingkah laku serta tutur kata, termasuk di media sosial, boleh memberi kesan langsung kepada hubungan antara masyarakat.


"Kebebasan bersuara perlu disertai kesedaran terhadap sensitiviti agama serta kesan kepada ketenteraman awam. Provokasi agama hanya membawa ketegangan dan menjejaskan kepercayaan antara komuniti," tegasnya.

David Cheong Kian Young
David Cheong Kian Young

Dalam konteks pelajar dan institusi pengajian tinggi, David menekankan bahawa pendidikan tidak terhad kepada pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya perlu menitikberatkan pembentukan sahsiah, etika dan kematangan berfikir.


"Hormati agama lain demi keharmonian negara, elakkan provokasi awam, dan setiap kesalahan perlu ditangani melalui siasatan serta hukuman undang-undang yang adil," katanya.


Beliau turut menyeru orang ramai agar memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara telus serta menghentikan spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan.


"Perpaduan negara terpelihara melalui tindakan harian rakyat. Saya mengajak semua pihak kekal tenang, menghentikan spekulasi dan terus memelihara keharmonian. Hormati kepercayaan antara satu sama lain demi keamanan bersama," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page