Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berharap rakyat Malaysia akan sentiasa bermaaf maafan dan saling menghormati di Hari Raya Aidilfitri 2024.
Di samping, katanya, meraikan kemeriahan bersama keluarga tercinta.
"Suburkan sambutan Aidilfitri dengan amalan bermaaf maafan, hormat menghormati dan ziarah menziari sesama kita.
"Saya doakan lebaran anda tahun ini disambut dengan penuh kemeriahan bersama keluarga tercinta," katanya dalam perutusan hari raya semalam.
Kepada yang kurang bernasib baik, Fadhlina berharap umat Islam Malaysia yang pemurah akan berkongsi rezeki bersama yang kurang berkemampuan.
"Di tengah tengah kemeriahan menyambut Aidilfitri jangan kita lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik.
"Hulurkan bantuan dan bersikap ehsan sesama insan. Jangan lupa jaga kesihatan, berhati hati semasa memandu dan berkongsi rezeki kepada yang mampu," katanya lagi.
Comments