top of page

Hiring Incentives: PKS boleh mohon subsidi pengambilan pekerja waktu pandemik



Hiring Incentives atau insentif pengambilan pekerja yang dianjurkan Perkeso ketika kesulitan ekonomi sepanjang pandemik Covid 19 telah masuk ke fasa ketiga, tahun ini.


Namun masih banyak yang tidak mengetahui subsidi yang disediakan oleh kerajaan hasil perjuangan pembangkang mendesak lebih banyak bantuan ekonomi diberikan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi memastikan tidak berlaku pengangguran dalam skala besar.


Menurut Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir yang mengundang seorang perunding sumber manusia dalam siaran langsung Facebook beliau semalam, Hiring Incentives tersebut perlu lebih didedahkan kepada majikan PKS berbanding syarikat besar yang memiliki Jabatan Sumber Manusia dan mudah untuk mendapatkan bantuan kerajaan.


"Bila kita bawa dalam Parlimen (isu pekerja) maka diperkenalkan subsidi upah. Syarikat yang ingin memohon bantuan (subsidi upah) maka boleh membuat permohonan melalui Perkeso. Yang mana memenuhi kriteria, maka subsidi akan ini menampung sebahagian daripada gaji yang dibayar kepada pekerja.


"Bagaimanapun, pandangan saya, majikan (dalam kesempitan kewangan) menghadapi kesukaran kerana terpaksa memperkecilkan perniagannya.


"Kalau dia menggaji pekerja asing, sekarang tiada lagi. Atau syarikat kecil terpaksa memberhentikan beberapa pekerja, tetapi sekarang ini berbelah bahagi mahu tambah pekerja, kos overhead akan bertambah. Jika tidak tambah pekerja bagaimana mahu menjana balik perniagaan? Terutama syarikat kecil yang tidak mahir dengan Perkeso.


"Sebab itu kita mencadangkan isu ini kepada majikan bahawa terdapat skim insentif pengambilan buruh. Dan manfaat diberikan tidak terhad kepada insentif kewangan, terdapat juga soal latihan dan penambahbaikan," katanya.


Untuk tujuan memberi lebih penerangan kepada majikan sekitar Johor Bahru dan di seluruh negara, Akmal telah mengudang seorang perunding, Asri Asraf dari syarikat Puncak RSG Sdn Bhd untuk menerangkan bagaimanakah Hiring Incentives boleh dipohon.


Menurut Asri, semua syarikat yang berdaftar dengan Perkeso layak mengemukakan permohonan. Malah permohonan boleh dilakukan sendiri oleh majikan atau melalui syarikat perunding sumber manusia.


"Bila kita ambil pekerja dan kita mohon insetif dengan Perkeso maka kita dapat insentif kepada pekerja baru itu.


"Waktu pandemik ada yang kecilkan perniagaan, tutup, jadi Hiring Incentives boleh kita manfaatkan untuk ambil pekerja.


"Dengan itu kita kekal mampu menggajikan pekerja. Kemungkinan pekerja yang diambil bukan dari latar belakang bidang sesuai dengan syarikat kita.


"Sebab itu kerajaan ada perutukan latihan. Jadi dapat kita latih pekerja yang diambil tadi dengan kos ditanggung kerajaan oleh agensi penyediakan latihan," katanya.


Selain itu, menurut Asri, syarat khusus untuk permohonan Hiring Incentives Fasa 3 majikan mestilah mempunyai SSM, Akaun Semasa dan mempunyai akaun dengan Perkeso sebelum Jun 2021.


Untuk keterangan lanjut mengenai perbincangan Hiring Incentives pembaca boleh melayari pautan berikut: https://www.facebook.com/akmalnasir.my/videos/442445890533963



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page