top of page

Himpunan Wanita KEADILAN berjaya himpunkan 1500 peserta, bina kekuatan strategi



Himpunan Wanita KEADILAN yang berjaya menghadirkan 1500 peserta pada hujung minggu lalu di Pulau Pinang bertemakan "Peduli, Prihatin, dan Pengarusperdanaan Gender" mampu menjana strategi baharu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Menurut Pengarah Himpunan Wanita KEADILAN, Loh Ker Chean, himpunan itu juga memberi penerangan mengenai gaya kempen berasaskan fakta untuk memujuk golongan wanita keluar mengundi Pakatan Harapan (PH) pada PRU kali ini.


"Saya mewakili Ketua Wanita KEADILAN Pusat dan seluruh Jawatankuasa Bertindak Himpunan Wanita KEADILAN mengucapkan ribuan terima kasih kepada seramai 1500 peserta yang menghadiri Himpunan Wanita KEADILAN


"Pengisian Sesi Townhall pada himpunan kali ini menyentuh isu–isu kesejahteraan dan kesihatan rakyat khususnya kaum wanita berdasarkan fakta dan bukti yang dibentangkan tiga orang pakar jemputan iaitu Dr Lai Wan Teng (USM), Profesor Dr Haslinda Abdullah(UPM) dan Profesor Dr Fatimah Kari (UM) dan ia merupakan inisiatif pertama di bawah Jawatankuasa Tetap Bank Isu dan Kit Penerangan(BANGKIT) Wanita KEADILAN Pusat.


"Segala inisiatif dan program yang menawarkan khidmat kebaktian oleh aktivis Wanita KEADILAN wajib berlandaskan keperluan komuniti sebenar dan hasilnya boleh menyumbang kepada penyelesaian masalah rakyat secara langsung atau tidak langsung," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Setiausaha Wanita KEADILAN itu lagi, kempen PRU kali ini tidak berpaksikan janji janji manis yang sukar ditunaikan.


Sebaliknya berasaskan solusi atau penyelesaian masalah andainya rakyat yakin dan memberi undi kepada KEADILAN dan PH.


"Tiada retorik, tiada janji bulan dan bintang. Hanya kerja keras untuk membawa negara keluar daripada kebobrokan sebagai referendum utama Wanita KEADILAN.


"Akhir sekali, kami memohon maaf atas segala kekurangan di pihak penganjur di sepanjang himpunan dan semoga Himpunan ini memanfaatkan anda," katanya lagi.


Pembentangan oleh ahli akademik sepanjang himpunan tersebut boleh diikuti pada pautan ini: shorturl.at/cijxZ


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page