top of page

Himpunan pelbagai parti tuntut henti kezaliman Israel



Oleh: Abdullah Zaid


Himpunan Rakyat Malaysia, Solidariti Gaza yang diadakan di Masjid Negara petang ini melampaui ideologi kepartian menyaksikan pemimpin Kerajaan Perpaduan dan PN sama sama memberi ucapan mengecam serangan membuta tuli Israel ke atas orang awam Palestin di Gaza yang masuk hari keenam.


Pemimpin kerajaan dan pembangkang berucap menentang kekejaman Israel yang sehingga kini mengorbankan lebih 1,500 nyawa penduduk Palestin.


Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, seluruh rakyat Malaysia wajib memberi sokongan kepada rakyat Palestin yang menghadapi pembunuhan besar besaran.


Katanya, dunia tidak sewajarnya memandang sepi kesengsaran dihadapi penduduk Gaza Palestin yang dinafikan hak bernegara sendiri selama 75 tahun itu.


"Rakyat Palestin dihalau (dari bumi mereka). Kita menentang bukan kerana mereka Yahudi tetapi kita menentang atas sebab mereka (Zionis) merampas tanah Palestin.


"Kali ini Zionis akan dikalahkan kerana sikap mereka yang anti kaum dan agama lain.


"Oleh itu, kita menggesa agar penderitaan rakyat Palestin ditamatkan dan kembalikan mereka ke tanah mereka," katanya.


Selain Mohammad Sabu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia Adam Adli Abd Halim, Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh dan Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Taufiq Johari serta pemuda Perpaduan kelihatan dalam perhimpunan berkenaan.


Di pihak Perikatan Nasional pula beberapa kepimpinan utama hadir seperti Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Tun Mahathir Mohamad yang memberikan ucapan dalam perhimpunan tersebut.


Peserta yang berhimpun di perkarangan Masjid Negara itu mengibarkan bendera Malaysia dan Palestin disulami laungan takbir.


Mereka juga memakai lilitan kepala, mafla sebagai tanda sokongan kepada Semenanjung Gaza.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page