top of page

Himpunan: Kehadiran rendah, masyarakat India masih yakin dengan PMX – Dr Gunaraj

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 28
  • 1 min read

ree

Oleh: Helmi Mohd Foad


Kehadiran rendah masyarakat India dalam perhimpunan Turun Anwar di ibu negara pada Sabtu lalu dilihat sebagai petanda bahawa majoriti komuniti tersebut masih menaruh kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) dan hala tuju Kerajaan Perpaduan MADANI.


Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa, Dr Gunaraj George (gambar) berkata, tindakan masyarakat India yang memilih untuk tidak turun ke jalan raya sebaliknya menaruh harapan kepada pelaksanaan reformasi, kestabilan ekonomi dan dasar inklusif adalah cerminan keyakinan terhadap usaha kerajaan hari ini.


"Di bawah kepimpinan PMX, kita menyaksikan pelbagai usaha besar dilaksanakan bagi memperkukuh institusi, memerangi rasuah dan mengangkat martabat semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.


"Namun kita juga sedar tentang keperluan mendesak untuk memberikan perhatian khusus kepada masyarakat India terutamanya dalam aspek pendidikan, akses pekerjaan, pembangunan belia serta kemajuan sosio-ekonomi," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN percaya bahawa kerajaan MADANI mempunyai pelan yang jelas bagi menangani isu-isu tersebut dan yakin Perdana Menteri akan melaksanakannya dengan penuh komitmen.


Menurut Dr Gunaraj, sikap ‘diam tetapi percaya’ masyarakat India adalah lebih bermakna daripada suara lantang yang hanya menuntut perubahan tanpa jalan penyelesaian.


"Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada komuniti India atas keyakinan dan sokongan berterusan. Kepercayaan anda menjadi pembakar semangat kepada kami untuk terus membina Malaysia yang lebih adil dan inklusif," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page