top of page

Himpunan dibenarkan selagi tidak langgar undang-undang - KDN


Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Dalam Negeri (KDN) memiliki tatacara khusus bagi membenarkan sebarang penganjuran perhimpunan aman selagi mematuhi peraturan.


Timbalan Menteri KDN, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah memberi jaminan untuk tidak mengenakan sebarang tindakan kepada penganjur perhimpunan selagi ia tidak melangkaui peruntukan perundangan.


Menerusi jawapan bertulis kepada pertanyaan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang), Anuar menegaskan kerajaan mendukung penuh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dalam Fasal (a) mengenai hak kebebasan bercakap dan bersuara dan Fasal 1(b) hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata.

Hassan Abdul Karim

"Namun, perlu diingat bahawa hak Kebebasan untuk bersuara bukanlah sesuatu yang mutlak. Hak kebebasan ini dilimitasi jika mempersoal tentang hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana- mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral, penghinaan mahkamah, fitnah atau pengapian apa apa kesalahan," kata menjawab soalan mengenai garis panduan perhimpunan aman dan hak bersuara semasa berhimpun.


Justeru, katanya, bagi membenarkan penganjuran perhimpunan, menurut Anuar, pihak penganjur perlu mengemukakan pemberitahuan kepada Pegawai Polis Daerah lima hari sebelum tarikh perhimpunan.


"Ia selaras seksyen 9(1) dan mendapatkan persetujuan untuk menggunakan tempat itu bagi maksud perhimpunan daripada pemunya atau pemilik selaras sekysen 11.


"Tempoh ini telah dipendekkan semasa Akta 736 dipinda pada tahun 2019, bagi memudahkan penganjur perhimpunan. Di dalam pindaan 2019 juga telah membenarkan “street protest” dijalankan tanpa perlu pemberitahuan kepada pihak PDRM.


"Selepas menerima pemberitahuan tersebut, Pegawai Polis Daerah juga bolen memanggil penganjur pada bila-bila masa untuk berjumpa bagi menasihati penganjur itu tentang syarat-syarat perhimpunan selaras seksyen 13 Akta," ujarnya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page