top of page

Himpunan 9 Okt: Sertai penduduk dunia bantah kezaliman Israel

Writer: Akmal Manaf
Akmal Manaf
7 hours ago
1 min read
Jurucakap Sekretariat Solidariti Palestin (SSP), Tian Chua
Jurucakap Sekretariat Solidariti Palestin (SSP), Tian Chua

Himpunan bantahan kekejaman Israel bukan semata-mata menunjukkan sokongan kepada umat Islam Palestin, sebaliknya turut mencerminkan usaha rakyat Malaysia dalam menentukan dasar serta hala tuju negara dalam konflik di Asia Barat


Jurucakap Sekretariat Solidariti Palestin (SSP), Tian Chua berkata, himpunan dan pelbagai aktiviti yang dianjurkan tahun ini merupakan kesinambungan seruan kepada rakyat Malaysia untuk terus menyatakan sokongan serta solidariti terhadap rakyat Palestin.


Sehubungan itu, Tian yang juga mantan Naib Presiden KEADILAN menyeru rakyat Malaysia tanpa mengira kaum untuk turun berhimpun membantah kekejaman Israel pada 9 Okt ini di ibu negara.


"Saya menyeru rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang untuk datang bersama-sama menghadiri himpunan ini.


"Sokongan kepada Palestin bukan isu yang eksklusif untuk Muslim sahaja, (malah) kita telah melihat masyarakat antarabangsa yang berbeza ideologi, agama turut sama membantah tindakan yang dilakukan rejim Zionis itu," ujarnya.


Untuk rekod, umat Islam di Palestin, terutama di Gaza sedang menghadapi malapetaka kebuluran akibat sekatan rejin Zionis pada musim sejuk yang bakal tiba.


Penderitaan penduduk Gaza dijangka lebih parah pada musim sejuk ini sekiranya bekalan makanan tidak dibenarkan masuk secukupnya selepas mereka tidak memiliki kediaman sempurna dan hanya berlindung di khemah sementara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page