top of page

Himpunan 2 Ogos: Ahli Dewan Negara pun tidak dibenar masuk ke Parlimen


Bukan sahaja Ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang dipanggil untuk soal siasat polis kerana berhimpun di Dataran Merdeka pada 2 Ogos lalu, Ahli Dewan Negara juga menerima nasib sama.


Senator Yusmadi Yusoff petang tadi dipanggil polis memberi keterangan di bawah Akta Perhimpunan Aman.


Bagaimanapun, Yusmadi menjelaskan beliau ketika itu dalam perjalanan ke Parlimen untuk persediaan sidang Dewan Negara yang belum ditangguhkan, tetapi laluan ke bangunan Parlimen telah ditutup oleh pihak polis.


"Saya Ahli Dewan Negara telah dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Akta Perhimpunan Aman. Saya memaklumkan sebagai Ahli Dewan Negara kami perlu membuat persediaan untuk menghadapi persidangan.


"Di mana ketika itu dewan masih dijadualkan untuk bersidang. Adalah wajar untuk saya ke Parlimen melakukan persediaan. Segala arahan penangguhan (Dewan Rakyat) tidak melibatkan kami Ahli Dewan Negara. Cuma saya nak maklumkan Parlimen mengandungi Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.


"Jadi Dewan Negara perlu bersidang seperti biasa. Kami lakukan swab test hari Jumaat dan hampir 90% (ahli dewan) telah divaksin 2 dos," katanya kepada wartawan di luar IPD Dang Wangi.


Menurut beliau lagi, Dewan Negara dijadual bersidang pada 3 hingga 5 Ogos bagi membincangkan Proklamasi Darurat dan Ordinan Darurat.


"Kenapa kami perlu bersidang, kerana kedua-dua proklamasi dan ordinan mesti melalui Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Jadi pada pandangan kami apabila Dewan Rakyat selesai maka Dewan Negara perlu adakan sidang tersebut.


"Selepas penangguhan di Dewan Rakyat kami hanya dimaklumkan untuk penangguhan selepas itu. Selepas kami dihalang untuk ke dewan. Masa nak ke Parlimen masih boleh (belum ditangguh) ke Parlimen untuk bersidang," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page