Hilang majoriti: Buka Parlimen segera tentukan sokongan ke atas PM - William Leong


Parlimen perlu dibuka segera bagi menentukan majoriti yang dimiliki oleh Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin.


Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen berkata, tanpa Undi Percaya atau Tidak Percaya di Parlimen krisis politik hari ini tidak mungkin akan dapat diselesaikan.


Bagaimanapun, beliau berpendapat krisis lebih mudah diselesaikan sekiranya PM meletak jawatan dan menyerahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik ketua kerajaan yang baharu.


"Kerajaan sudah tumbang kerana 38 ahli Parlimen Umno tak sokong Mahiaddin lagi, melainkan 38 itu nak lompat keluar daripada Umno. Tetapi tiada yang kata mereka nak keluar.


"Jadi buka Parlimen segera, kita tidak boleh kerajaan di mana pemimpinnya sudah hilang sokongan dan tiada keabsahan.


"Kalau kita ingat dahulu, situasi begini berlaku tatkala Tun Dr Mahathir Mohamad letak jawatan, menghadap Agong dan meminta Tuanku lantik Perdana Menteri interim. Ini yang patut dibuat oleh Mahiaddin sekarang, usulkan beliau sudah hilang sokongan dan berikan peluang kepada Agong lantik PM interim," katanya.


Mengulas lanjut, William beranggapan penarikan sokongan oleh Umno itu menjelaskan lagi persoalan selama ini bahawa Mahiaddin memang tidak mempunyai keabsahan memeritah.


Oleh itu, sebelum krisis politik menjadi krisis Perlembagaan, katanya, sebaik-baiknya beliau berundur secara berprinsip.


"Selama ini Mahiaddin elak tunjuk bukti majoriti Ahli Parlimen menyokongnya sejak hari pertama sehingga kini. Beliau tidak memberikan peluang kepada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat untuk usul Undi Tidak Percaya atau Undi Percaya kepada pemerintahannya.


"Sebab itu kita katakan pentadbiran PN tidak absah. Apa yang menjadi persoalan sehingga hari itu tidak dapat dijawab dan apabila diambil kira penarikan sokongan Umno bermakna Mahiaddin memang tidak mempunyai sokongan majoriti," katanya lagi.


PM Mahiaddin tumbang secara teknikalnya pada 8 Julai lalu apabila Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu menarik sokongan dari kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Peguam Negara kemudiannya mempertahankan PN kekal berkuasa kerana mendapat sokongan dari Ahli-ahli Parlimen. Namun tidak sampai 10 Ahli Parlimen Umno yang secara terbuka mengisytihar masih menyokong PM, sedangkan yang lainnya dianggap mengikut keputusan Majlis Tertinggi Umno meninggalkan kerajaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER