top of page

Hidupkan tradisi ilmu di surau sekitar Parlimen Hang Tuah Jaya

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Jun 16, 2022
1 min read


Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menyarankan surau surau di kawasan Parlimen Hang Tuah Jaya agar menghidupkan tradisi keilmuan


Menurut beliau, jawatankuasa surau sebaik baiknya menjemput penceramah berkaliber untuk berkongsi ilmu kepada ahli kariah.


"Pihak surau perlu menghidupkan tradisi keilmuan di sekitar Parlimen Hang Tuah Jaya dengan mengadakan majlis ilmu yang lebih baik lagi.


"Penceramah yang berkaliber seperti mufti dari negeri lain atau ulama tersohor negara perlu dijemput untuk rakyat mendapat ilmu yang lebih baik dan segar," katanya.


Dalam kunjungan itu Shamsul turut menyampaikan sejumlah sumbangan kepada surau berkenaan bagi membiayai aktiviti komuniti yang dilaksanakan untuk mengimarahkan serta mengeratkan hubungan antara penduduk.




Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page