top of page

Hidupkan semula semangat Reformasi melalui perbincangan, wacana



Oleh: Abdullah Zaid


Gerakan Reformasi bukan sahaja melalui demonstrasi jalanan sebaliknya perbincangan ilmiah juga turut dibuat agar rakyat mengambil tahu agenda tersebut.


Sehubungan itu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi menyeru agar agenda Reformasi ‘dihidupkan’ semula melalui kupasan wacana dan perbincangan agar perjuangan 25 tahun berkenaan terus hidup dan mekar.


"Idea Reformasi yang membawa agenda perubahan banyak dibawa oleh gerakan lain seperti Generasi Bangsar Utama dan Komuniti Jalan Telawi pada tahun 1998.


"Hasilnya, ia melahirkan ramai pemimpin masa kini tidak kira pimpinan Persekutuan mahupun negeri.


"Oleh itu, budaya seperti ini perlu dikembalikam semula supaya ia rakyat dapat memahami dan dihadami sepenuhnya," kata beliau dalam forum Reformasi 25 Tahun di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), malam tadi.


Selain itu, Najwan yang juga Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Shah Alam sempat berkongsikan pengalamannya yang menyaksikan episod jatuh bangun anggota dan pimpinan dalam mengemudi bahtera parti KEADILAN.


"Pada masa sekarang ramai kawan-kawan Reformasi dulu dah jadi lawan. Namun ada juga wajah dan sosok yang kita tak sangka keluar dan kembali semula bersama kita," ujarnya mungkin merujuk beberapa nama dalam UMNO yang pernah bersama menjulang Reformasi 25 tahun lampau.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page