top of page

Hidupkan Ramadan dengan amal ibadah - Anwar

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Apr 13, 2021
  • 1 min read

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam supaya menghidupkan bulan Ramadan dengan amal ibadah.


Dalam perutusan Ramadan, beliau menyifatkan umat Islam perlu menghayati bulan Ramadan yang mengajar erti kesabaran.


"Alhamdulillah, dipanjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah inayahNya maka diizinkan untuk kita kembali merai dan menghayati bulan penuh keberkatan dan kemuliaan yakni bulan Ramadhan pada tahun ini.


"Sudah semestinya Ramadhan kali ini akan memberi peluang kepada kita semua agar kembali ke madrasah ruhiyyah dan melaluinya dengan penuh penghayatan dan kesabaran.


"Tujuan diperintahkan untuk berpuasa adalah supaya ia dapat membina ketakwaan di dalam jiwa manusia," katanya.


Justeru, Anwar berharap dengan mengerjakan amal ibadah, umat Islam dapat membawa perubahan dalam kehidupan masing-masing.


"Marilah kita hidupkan madrasah Ramadhan dengan menghiasinya dengan amal ibadah yang mampu membawa kepada perubahan yang besar dalam diri kita," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page