top of page

Hidupan liar terganggu: T'ganu perlu kawal aktiviti pembalakan



Kerajaan Pas Terengganu wajar mempertahankan habitat hidupan liar di kawasan hutan negeri itu agar haiwan berkenaan tidak menceroboh ke perkampungan penduduk.


Hal itu dibangkitkan oleh Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yob susulan laporan media mengenai serangan harimau ke atas haiwan ternakan penduduk di Hulu Terengganu.


Menurut Ahmad Nadhir, serangan tersebut berlaku kerana aktiviti pembalakan di kawasan berkenaan yang mungkin telah menjejaskan kawasan mencari makanan haiwan liar terbabit.


"KEADILAN Kemaman mendesak Kerajaan Negeri memberi penjelasan adakah aktiviti pembalakan di kawasan Hulu Terengganu telah diluluskan Jabatan Alam Sekitar melalui penilaian rapi jabatan itu dan juga Jabatan Perhutanan.


"Adakah Kerajaan Negeri tidak membuat kajian terlebih dahulu, kerana walaupun kita faham kegiatan pembalakan penting tetapi apabila tidak mengikut peraturan dan memenuhi kriteria Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perhutanan ia akan merosakkan ekosistem dan habitat hidupan liar yang sangat berharga," kata Ahmad dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, katanya, KEADILAN Kemaman mendesak Kerajaan Negeri lebih telus dalam sebarang dasar mengenai penerokaan hutan kerana Terengganu terkenal sebagai habitat harimau belang.


"Terengganu terkenal dengan habitat harimau di hutannya, terutama Daerah Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu


"Ini (harimau) satu khazanah yang perlu dipertahankan. Adakah Kerajaan Negeri tidak mengambil kira perkara ini," katanya lagi.


Baru baru ini, pada 20 April lalu seorang penternak terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM10,000 apabila enam ekor lembu peliharaannya mati dipercayai dibaham harimau.

Abd Muien Shafie, 41, berkata dia menemukan bangkai haiwan ternakannya sekitar jam 10 pagi dalam kejadian di Kampung Kemat itu.


Menurutnya, ternakannya berkenaan sebelum ini diletakkan di kawasan berpagar elektrik dalam kebun seluas empat hektar dan dikawal secara berkala pada setiap hari.


Tambah beliau, kes serangan haiwan buas terhadap ternakan penduduk dipercayai berlaku selepas aktiviti pembalakan giat dijalankan di kampung berkenaan.


"Sebelum ada aktiviti pembalakan di kampung ini, tak ada sangat kejadian haiwan liar di kampung ini. Kita dapati haiwan-haiwan ini muncul selepas berlaku pembalakan di kawasan-kawasan hutan yang menjadi habitatnya.


"Hari ini pun ada penduduk kampung ini yang terserempak dengan dua ekor gajah (ibu dan anak) ketika mahu ke kebun. Kami penduduk di sini yakin haiwan-haiwan ini muncul dalam kawasan penempatan penduduk kerana tempat tinggal mereka telah diganggu," katanya dipetik.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page