top of page

Hi-Tea bersama MPN Melaka sentuh pembangunan masyarakat India



Majlis Hi-Tea bersama Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka dan Pimpinan Pusat KEADILAN semalam menyentuh mengenai isu pembangunan masyarakat India selain isu parti peringkat Cabang dan akar umbi.


Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Saraswathy Kandasami, beliau yang hadir pada majlis berkenaan bersama Pengerusi MPN Melaka merangkap Naib Presiden KEADILAN dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkesempatan menjelaskan portfolio beloau sebagai Timbalan Menteri dan hala tuju kementerian.


"Saya juga menyentuh beberapa isu yang melibatkan masyarakat India secara khususnya. Saya turut meluangkan masa mendengar dengan teliti semua pandangan yang telah diutarakan oleh ahli akar umbi.


Saraswathy (kiri sekali) sedang menjelaskan mengenai isu masyarakat India

"Datuk Seri Aminuddin dan saya telah menerima memorandum cadangan untuk pembangunan masyarakat India negeri Melaka.


"Segala pandangan dan cadangan yang diutarakan akan saya bawa ke peringkat pimpinan pusat untuk perbincangan dan tindakan selanjutnya," katanya.


Turut hadir dalam majlis yang dianjurkan di Hotel Ames, Ayer Keroh Melaka itu ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim, Ketua Wanita Negeri Melaka Rusnah Aluai serta Ahli Jawatankuasa Majlis Pimpinan Negeri Melaka dan ahli - ahli Cabang Jasin, Cabang Alor Gajah, Cabang Hang Tuah Jaya, Cabang Kota Melaka dan Cabang Masjid Tanah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page