'Hentikan tekanan terhadap Rafizi, Dr Latiff bila mahu disiasat?' - Anwar



Siasatan polis ke atas Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli semalam yang turut merampas telefon bimbit beliau sebagai bahan kes ditegur oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menurut Anwar, siasatan ke atas Rafizi berhubung skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) yang didedahkan mantan Ahli Parlimen Pandan itu tidak perlu sehingga ke tahap berlakunya tekanan terhadap pihak yang disiasat.


"Saya menggesa Ketua Polis Negara untuk menghentikan segala bentuk tekanan dan gangguan terhadap saudara Rafizi Ramli.


"Tindakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut merampas telefon bimbit milik beliau untuk tujuan siasatan terkait projek kapal tempur pesisir (LCS) juga agak keterlaluan.


"Langkah ini ternyata suatu intimidasi terhadap beliau dalam menentang gejala rasuah di negara ini seperti yang pernah berlaku kepada anak-anak muda dan mahasiswa dalam Himpunan Turun," katanya dalam kenyataan hari ini.


Dalam isu sama, Ahli Parlimen Port Dickson itu juga mahu polis segera menyiasat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Latiff Ahmad yang dikaitkan dengan syarikat pembekal bahan binaan kapal LCS dan laporan polis terhadap beliau telah pun terlebih dahulu dibuat.


"Pihak polis harus berlaku adil termasuk menyiasat Datuk Dr Abd Latiff Ahmad kerana laporan polis terhadap beliau turut dibuat tempoh hari.


"Harus diingat amalan dua darjat seperti ini tidak harus diamalkan, sebaliknya perlu benar-benar telus menjalankan siasatan tanpa sebarang tekanan dikenakan," kata Anwar lagi.


Siasatan ke atas Rafizi semalam menuai kontroversi kerana pihak polis masih tidak mengumumkan siasatan ke atas Dr Latiff yang telah didedahkan terlibat sebagaimana dinyatakan dalam laporan audit foresik projek LCS yang dinyahklasifikasikan oleh kabinet bulan lalu.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER