top of page

Hentikan taktik guna perkauman, ancaman agama dalam kempen pilihan raya



Taktik kuno dan lapuk menggunakan isu perkauman serta ancaman agama dalam kempen Pilihan Raya Umum ke 15 perlu dihentikan serta merta.


Menurut calon Pakatan Harapan (PH) parlimen Setiawangsa, Zahir Hasan, taktik sebagaimana digunakan oleh BN dan PN itu tidak membawa apa apa kemajuan kepada minda rakyat malah menyebabkan Malaysia tidak bertambah baik prestasinya biar pun beberapa perdana menteri telah ditukar.


"Sepatutnya negara kita perlu ahli politik yang lebih matang dan waras. Kita perlukan ahli politik yang lebih bertanggungjawab, terbuka demi membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi


"Ahli politik berfikiran sempit seperti perlu dihentikan. Kita harus gantikan dengan pemimpin politik (sederhana) seperti Rafizi untuk menerajui negara," katanya mengulas tindakan Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli yang membuat laporan polis di IPD Ampang hari ini ke atas beberapa pemimpin Pas yang mendakwa mengundi Pakatan Harapan masuk neraka dan isu kafir harbi.


Tambah Zahir, hanya ahli politik yang matang sewajarnya dipilih oleh rakyat demi Malaysia yang lebih baik pada masa hadapan.


"Saya kira sampai masanya untuk orang politik lebih matang dan hentikan budaya tidak baik kerana itu tidak membantu negara kita membangun dan membawa perubahan yang kita mahukan," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page