top of page

Hentikan projek mega, utamakan bina Hospital Padang Besar



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Perlis menyokong penuh kenyataan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke 12 di Dewan Rakyat yang mahu projek mega ditangguhkan bagi menumpukan ehwal kebajikan rakyat.


Ketua Penerangan AMK Perlis, Natthavuth Seng berkata, gesaan berkenaan harus diterima pakai sebagai dasar kerajaan terkini memandangkan negara menghadapi proses 'menyakitkan' untuk memulihkan kembali ekonomi pasca pandemik.


"Dengan situasi pengangguran yang semakin meningkat serta sistem pendidikan yang tidak menentu maka tiada sebarang faedah bagi projek-projek mega untuk diteruskan.


"Justeru, kerajaan wajib menumpukan kepada kebajikan rakyat kerana kehidupan rakyat masa kini semakin tertekan dengan kos sara hidup yang meningkat susulan kenaikan harga barang mentah, kadar kenaikan gaji yang terlalu rendah dan lain-lain lagi.


"AMK Negeri Perlis menggesa pihak kerajaan memberi perhatian khususnya di Perlis, terutamanya dalam sektor pendidikan dan kesihatan.

"Projek pembinaan Hospital Padang Besar wajar dimasukkan dalam RMK-12 yang mana ia mampu meningkatkan kemudahan kesihatan di negeri ini. AMK Negeri Perlis percaya kerajaan sedar dan mengetahui Hospital Padang Besar yang telah dirancangkan dalam RMK-9 tetapi sehingga kini hanya papan tanda sahaja yang siap dinaikkan," katanya.


Selain itu, Natthavuth juga membangkitkan isu penutupan Sekolah Kebangsaan Chuping baru-baru ini yang tidak diumumkan tapak baharu menggantikan bangunan sekolah lama yang dianggap tidak selamat.


Tiadanya kesungguhan kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat, kata Natthavuth, menunjukkan pentadbiran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sama sahaja dengan Mahiaddin Yassin yang gagal sebelum ini.


"Pihak kerajaan sepatutnya sudah mempunyai cadangan lokasi baharu untuk membangunkan sekolah berkenaan. Langkah menempatkan murid-murid sekolah rendah bercampur dengan murid sekolah menengah dikuatiri membuahkan masalah sosial dan jurang umur terlalu jauh, ia akan menjadi satu masalah pada masa hadapan.


"Disamping itu, dengan perkongsian ini juga memberi kesan kepada tenaga pengajar yang perlu berkongsi fasiliti yang kekurangan di SMK Mata Ayer," katanya lagi.


Oleh itu, AMK Negeri Perlis mendesak pihak kerajaan memasukkan pembinaan Hospital Padang Besar serta pembinaan bangunan baharu SK Chuping ke dalam dalam RMK-12 yang kini sedang dibahas di Dewan Rakyat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page