top of page

Hentikan politik fitnah, saya tetap bersama KEADILAN, PH - Maria Chin


Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah menolak sekeras-kerasnya cubaan memfitnah yang menggambarkan beliau seolah-olah cuba dibeli untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional.


Bagi Maria, rakyat Malaysia tidak boleh terus menerus dihidangkan politik jahat dan menghasut seperti itu. Lebih-lebih lagi, katanya, dalam keadaan perang melawan Covid 19 yang mempertaruhkan nyawa rakyat


"Saya mengambil maklum terdapat sesetengah pihak cuba menyebarkan berita palsu mengenai saya, dalam bentuk 'artikel' yang didakwa disiarkan di laman web Agenda Daily. Hasil semakan fakta menunjukkan bahawa tidak wujud artikel seperti itu dalam Agenda Daily.


"Saya menolak semua ini dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan politik kotor ini.


"Ingin saya nyatakan bahawa saya tetap bersama KEADILAN dan Pakatan Harapan.


"Saya berpegang kepada komitmen dalam perjuangan ini, begitu juga rakan rakan saya YB Sivarasa Rasiah dan YB Tony Pua," katanya merujuk berita palsu yang tular semalam.


Beliau menegaskan tidak akan melayan sebarang provokasi memburuk-burukkan keperibadian atau perjuangan politiknya.


Sebaliknya, menurut Maria, isu yang menjadi fokus beliau adalah kebajikan penduduk dalam kawasan Parlimennya dan usaha menangani pandemik serta kemerosotan ekonomi.


"Sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya, fokus utama saya adalah tanggungjawab kepada kesejahteraan dan kebajikan pengundi saya.


"Ratusan orang mati akibat Covid-19 setiap hari, namun masih ada pihak yang menangguk di air yang keruh, mewujudkan suasana politik yang kotor dan terhina untuk menimbulkan kekacauan dan ketidakpercayaan. Jangan membuat tuduhan tidak berasas!


"Walau berapa banyak berita palsu yang dihasilkan oleh cybertrooper sebegini, saya akan berdiri teguh bersama Pakatan Harapan untuk memastikan kebajikan dan kesihatan jutaan rakyat Malaysia terjaga dan tidak dikompromi oleh kerajaan PN-BN yang gagal dan tidak kompeten," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page