top of page

Hentikan polemik sekolah vernakular, jangan gugat perpaduan



Kementerian Perpaduan Negara menggesa semua pihak menghentikan polemik tentang kewujudan sekolah vernakular kerana akan mengganggu-gugat semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini.


Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang berkata, sekolah vernakular bukan satu faktor yang menjurus ke arah perpecahan, sebaliknya menjadi tarikan ke arah perpaduan.


"Jika polemik ini berterusan, ia akan mengganggu-gugat semangat perpaduan dan muhibah yang terbina dalam kalangan rakyat berbilang bangsa, ras, etnik dan agama," katanya dalam satu kenyataan.


Pada November 2023 lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular dan penggunaan bahasa Mandarin serta bahasa Tamil di sekolah berkenaan adalah berperlembagaan.


Aaron berkata data pengambilan pelajar bukan Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan pelajar bukan India di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) menunjukkan peningkatan berterusan sejak 2018 hingga 2023 sekali gus membuktikan perpaduan rakyat mampu dibina di mana sahaja jika ada kesungguhan semua pihak.


"Kementerian telah melaksanakan Wacana Defisit Sosial dengan menampilkan pakar-pakar bidang pada tahun lepas. Hasil dapatan menunjukkan kewujudan sekolah vernakular tidak boleh lagi dianggap sebagai pembuka ruang pemisah antara etnik, sebaliknya ia perlu turut menjadi medan mengurus kerukunan sosial sama seperti peranan sekolah kebangsaan.


"Sebarang usaha memansuhkan kewujudannya adalah tidak wajar, malah ia bertentangan dengan keputusan mahkamah yang menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara iaitu Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang," katanya.


Tambah Aaron, pihaknya juga menyokong pendirian Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan akan terus mempertahankan sistem pendidikan vernakular selaras dengan Seksyen 28 (penubuhan Sekolah Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan), Akta Pendidikan 1996.


Beliau turut memaklumkan kementeriannya telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Pendidikan Rukun Negara melibatkan Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Komunikasi yang bertujuan meletakkan kembali penghayatan asas dan prinsip Rukun Negara dalam sistem pendidikan negara.


Aaron berkata sehingga kini, kementeriannya dengan kerjasama KPM dan KPT telah menubuhkan 6,849 Kelab Rukun Negara (KRN) dan 189 Sekretariat Rukun Negara (SRN) di seluruh negara bagi meningkatkan penghayatan Rukun Negara dalam kalangan generasi muda.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page