top of page

Hentikan pendakwaan terpilih ke atas keluarga ahli politik pembangkang



Penangkapan dan pendakwaan ke atas isteri bekas Menteri Kewangan, Betty Chew yang disangsikan bukti-bukti kes pengubahan wang haram dikecam oleh Wanita Pakatan Harapan (PH).


Wanita PH menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar menghentikan tindakan dan gangguan tidak bertamadun ke atas ahli keluarga pemimpin-pemimpin politik yang menjadi sasaran mudah bagi mereka.


"Berita penangkapan ke atas Betty Chew, isteri kepada Lim Guan Eng pada 7 Ogos 2020 lalu amat mengejutkan. Kita belum lagi reda dengan berita tuduhan tidak berasas ke atas Lim oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.


"Ini adalah satu cara lapuk dan menjengkelkan yang sepatutnya tidak lagi berlaku di zaman ini.


"Tetapi ternyata perkara sedemikian terus menjadi senjata ampuh di bawah Kerajaan PN hari ini. Ini hanya membuktikan PN tidak serius dalam membawa agenda perubahan ke arah perkhidmatan yang berintegriti, bersih lagi telus dan masih membenarkan politik toksik, dendam serta pertuduhan yang tidak berasas," kata wanita PH.


Kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Ketua-ketua Wanita PH itu turut membayangkan kemarahan rakyat yang kian meluap-luap terhadap pendakwaan mirip kes Fitnah I dan II ke atas Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada era BN yang lalu dengan bukti-bukti yang tidak konsisten.


"Kemarahan bukan saja dirasai oleh anggota-anggota PH bahkan juga masyarakat umum. Mereka tanpa henti menghantar mesej solidariti, simpati dan keprihatinan di ruang media sosial, yang bagi mereka menggambarkan agenda kerajaan PN menyasarkan ahli keluarga Lim, khususnya isteri beliau.


"Kami Wanita PH mendesak supaya kes Betty Chew dikendalikan secara telus dan adil. Kami memperingatkan agar agensi kerajaan bersikap profesional mengikut undang-undang tanpa rasa takut dan pilih kasih dan yang lebih utama jangan menjadi alat kepada tuan politik, hanya untuk menenggelamkan suara-suara yang menentang amalan korup dan penyalahgunaan kuasa.


"Wanita PH berdiri teguh dalam solidariti bersama Betty Chew, yang merupakan tunggak kekuatan bukan sahaja terhadap suaminya Lim Guan Eng, bahkan juga bagi keluarga dan ibu beliau Puan Neo, yang bersama-sama dalam saat getir yang menimpa keluarga ini atas pertuduhan tanpa asas oleh pihak Kerajaan PN," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Ketua Wanita KEADILAN Fuziah Salleh, Ketua Wanita AMANAH Senator Aiman Athirah Al Jundi dan Ketua Wanita DAP Chong Eng.


Pada 11 Ogos lalu, Betty didakwa dengan 3 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.


Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dalam tuduhan yang kononnya menerima sejumlah bayaran dalam urusan tender ketika Lim menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page