top of page

Hentikan kekeliruan SOP, jangan tambah masalah rakyat


Kerajaan digesa supaya membuat pengumuman yang jelas dan tepat supaya rakyat tidak sentiasa berada dalam keadaan keliru dengan prosedur operasi standard (SOP) yang sering berubah-ubah dari semasa ke semasa, kata ADUN Rawang, Chua Wei Kiat.


Beliau berkata perubahan SOP dengan terlalu kerap akan menyebabkan rakyat tertanya-tanya dan memaksa mereka meminta bantuan dari wakil rakyat masing-masing untuk mendapatkan penjelasan.


"Setiap petang menteri kanan akan buat pengumuman yang berbeza, Setiap pagi pejabat saya perlu menghubungi agensi yang terlibat untuk mendapat penjelasan supaya dapat menjawab kekeliruan rakyat.


"Baru-baru ini sekali lagi kita menyaksikan pengumuman yang menyebabkan perubahan besar dalam sektor pekerjaan di negeri Selangor, pejabat saya mengulangi apa yang dilakukan setiap pagi untuk mendapat infomasi yang tepat.


"Malangnya kebanyakan agensi kerajaan gagal menjawab soalan-soalan yang dikemukakan atas sebab tiada arahan dan infomasi yang lanjut daripada pihak atasan," katanya.


Justeru, Wei Kiat menggesa kerajaan supaya sentiasa berwaspada terhadap pengumuman yang akan mengundang kekeliruan dalam kalangan masyarakat dan mengambil kira keadaan yang dihadapi rakyat ketika ini.


"Menteri patut rasa simpati terhadap frontliner yang bertugas di hadapan untuk membantu, disebabkan pengumuman setiap hari yang berbeza, frontliner dan rakyat kena tanggung keseksaannya.


"Harap menteri dapat memahami keadaan sebenar dan buat pengumuman yang jelas dan tepat, kekeliruan hanya akan menambah masalah terhadap rakyat," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page