Hentikan fitnah, berdiri teguh di belakang kepimpinan Anwar - Farhash



KEADILAN hanya akan memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 dengan penyatuan seluruh kepimpinan di belakang kepimpinan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak, Farhash Wafa Salvador, sebaliknya perbuatan segelintir pemimpin dan penyokong KEADILAN mahu pun Pakatan Harapan (PH) ketika ini yang kerap 'baling batu sembunyi tangan' melempar tohmahan terhadap kepimpinan Anwar tidak akan menguntungkan sesiapa, malah PH berkemungkinan besar akan menghadapi kekalahan dengan cara berpolitik tidak seia sekata itu.


"Berapa kenyataan yang tular sejak kebelakangan jelas kelihatan wujudnya usaha untuk memecah-belahkan semangat perpaduan dalam kalangan anggota KEADILAN serta beberapa usaha dilakukan secara berterusan untuk menyerang Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi surat-surat layang yang disebarkan.


"Secara peribadi, saya mengecam sekeras-kerasnya perbuatan fitnah serta tindakan segelintir pihak yang disifatkan seperti baling batu sembunyi tangan apabila memilih menyerang Presiden KEADILAN dengan dakwaan-dakwaan yang tidak berasas.


"Usaha untuk menganggu-gugat kedudukan Presiden KEADILAN hanyalah bertujuan mengalih perhatian daripada perbincangan perihal dasar kerajaan yang lebih penting pada ketika ini," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau lagi hanya dengan menumpukan kepada isu rakyat sahaja imej KEADILAN dan boleh kembali digilap.


Selain itu, kata Farhash, KEADILAN dan PH yang padu serta tidak bercakaran amat penting bagi mengembalikan keyakinan rakyat bahawa kerajaan menanti adalah lebih baik berbanding kerajaan BN sedia ada.


"Saya menyeru supaya kepimpinan tertinggi kesemua parti di dalam PH untuk berdiri teguh di belakang Pengerusi Pakatan Harapan yang juga Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar kita dapat bergerak ke hadapan bagi menghadapi PRU yang akan datang, sekaligus mengembalikan mandat rakyat yang telah dikhianati pada Februari tahun lalu," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER