Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun) meminta Menteri Besar Kedah atau mana mana pemimpin tidak lagi membicarakan isu tuntutan Kedah ke atas Pulau Pinang.
Katanya, tuntutan berkenaan dan percubaan untuk merungkaikan perjanjian kedaulatan sedia ada boleh menyebabakan pihak lain seperti kerajaan Thailand yang dahulunya Siam menuntut wilayah Kedah atau Perlis berdasarkan perjanjian silam.
"Soal Perlembagaan, tidak dinafikan Pulau Pinang dan Seberang Perai sebahagian negeri Kedah, tetapi sekarang berubah apabila Inggeris memperolehi Pulau Pinang dan Seberang Perai sebagaimna kedudukan Melaka, Singapura, Sabah dan Sarawak. Jadi sejarah berubah.
"Sabah dan Sarawak milik Brunei, milik Sultan Sulu. Kalau kenyataan sejarah kita tidak pertikai. Kalau untuk melanjutkan hal ini, kalau nak dibincang sebelum kemerdekaan. Kita tidak boleh rungkai setelah diperkenan Raja Melayu. Sebab itu Peguam Negara nasihat tidak boleh dirungkai.
"Ini melanggar prinsip Perlembagaan. Kalau nak buat kajian, seminar bincang tak ada masalah. Tetapi ini tidak boleh dalam keadaan negara yang sudah merdeka dan berdaulat terus dibahaskan.
"Ini implikasi besar, kalau negara lain claim. Apa kata sekarang berdasarkan sikap yang melampau beberapa tokoh, kerajaan Siam bawa balik Perjanjian Kedah - Perlis - Siam.
"Kita akan menghadapi masalah. Selama ini tidak dibuka perbincangan itu. Tidak perlu dibuka perbincangan yang menikam kita. Itu pandangan saya," katanya dalam menjawab pertanyaan tambahan Ahli Parlimen Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN - Alor Setar)
Bagaimanapun PM tidak menghalang sekiranya Alor Setar mahu membuat sebarang seminar berbentuk akademik mengenai isu Kedah - Pulau Pinang.
Dalam pada itu, PM juga menjelaskan isu bayaran RM10,000 yang diberikan ke atas Kedah sebagai meneruskan hormat perjanjian 6 Mei 1869 antara Konsul Jeneral Inggeris dan Raja Siam yang mana pihak British perlu membayar 10,000 Spanish dollar selagi mana mereka menduduki Pulau Pinang dan Seberang Perai.
PM juga dalam soalan tambahan Ahli Parlimen Lim Guan Eng (PH - Bagan) pula menjelaskan isu Kedah - Pulau Pinang tidak jauh bezanya dengan pajakan Sabah yang terus dibayar kepada Kesultanan Sulu biar pun Sabah telah merdeka bersama Malaysia.
"Sulu dalam keputusan Mahkamah Kota Kinabalu menetapkan bayaran oleh Inggeris kepada Raja Sulu.
"Bila kita merdeka bayaran itu kita teruskan. Kita hanya batalkan (bayaran) atas keputusan PM Pekan ketika itu kerana pencerobohan haram pengganas Sulu. Tetapi ia tidak menjejaskan kedudukan Sabah sebagai negeri merdeka bersama Malaysia.
"Dalam konteks yang sama kalau kita faham konsep Perlembagaan, kita tidak mungkin bangkitkan lagi (kedaulatan Pulau Pinang)," katanya.
Commentaires