top of page

Henti tubuhkan kementerian baru untuk kroni


Penubuhan kementerian-kementerian baharu dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu dihentikan kerana ia dianggap hanya digunakan untuk memberi imbuhan kepada kroni dan mendapat sokongan politik.


Malah, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata peruntukan tambahan sebanyak RM7.184 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM7.8 bilion untuk perbelanjaan pembangunan tidak mencerminkan jumlah sebenar yang diterima oleh kementerian-kementerian baharu.


"Sebenarnya ada perbelanjaan tambahan untuk negeri dan perbelanjaan tambahan untuk setiap kementerian, jadi tentu sekali ada penambahan dari segi emolumen.


"Tetapi perkara ini tidak dirujuk menteri kewangan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan, cara ini mengelirukan rakyat sebenarnya.


"Justeru, saya cabar menteri kewangan supaya letak penambahan jumlah emolumen menteri, timbalan menteri dan ketua setiausaha kementerian baharu, kalau tidak kita tidak boleh lulus RUU ini," katanya dalam perbahasan Dewan Rakyat.


Pada masa sama, Fuziah juga menganggap beberapa kementerian baharu tidak sepatutnya diwujudkan seperti Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.


"Kementerian Tenaga dan Sumber Asli tidak perlu peruntukan tambahan tetapi ia dipisahkan dari Kementerian Alam Sekitar semata-mata untuk mendapatkan imbuhan dan untuk dapatkan sokongan kepada menteri dan perdana menteri dalam kerajaan PN


"Kita boleh bergerak efektif dan efisien, tetapi janganlah semata-mata tambah kementerian dan menstruktur semula kementerian untuk dapatkan sokongan, ini salah," katanya.


Fuziah yang merupakan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) turut mempersoalkan kewujudan Kementerian Perpaduan Negara, sebaliknya menggesa kerajaan supaya menubuhkan Kementerian Hal Ehwal Agama.


"Kementerian perpaduan yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) hanyalah kementerian kecil dan hanya menguruskan beberapa badan seperti rukun tetangga.


"Lebih elok tubuh kementerian untuk hal ehwal agama yang lebih wajar ada ketua setiausaha kerana sukar untuk uruskan isu agama apabila melibatkan agensi dibawah agama


"Malah, tidak ada yang mengurus mengenai soal jawab di Parlimen, jadi rasionalnya tidak kena dengan kerajaan PN ketika ini.


"Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) yang kini diletakkan dibawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga perlu diletakkan semula di bawah Kementerian Hal Ehwal Agama.


"Agensi ini amat penting untuk bangunkan industri halal negara bagi membantu industri kecil dan sederhana (IKS) serta perniagaaan mikro.


"Tetapi dibawah kementerian sekarang, mereka tak boleh buat kerja pun, mereka juga guna imbuhan kepada kroni untuk buat program, bukan nak bangunkan industri halal.


"Sebab itu, kementerian diwujudkan untuk bangunkan dan perkasakan negara, bukan dijadikan imbuhan untuk dapatkan sokongan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page