top of page

Henti tekan guru mengkritik di media sosial - Fadhlina



Budaya memberi amaran dan tekanan terhadap guru yang membuat kritikan di media sosial perlu dihentikan segera, kata Menteri Pendidikan.


Gesaan itu disuarakan Fadhlina Sidek susulan aduan dikemuka kepadanya berhubung seorang guru pendidikan khas Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko, Hasmadi Hamdan diberikan amaran oleh pegawai kerana mengkritik di media sosial.


"Guru pendidikan khas adalah barisan hadapan saya dalam membangun konsep madani dalam pendidikan khas. Kebimbangan beliau adalah kebimbangan saya.


"Ruang kritikan konstruktif penting sebagai proses semak dan imbang mengikut saluran, adab berbeza pandangan yang sentiasa meletakkan kepentingan serta kebajikan murid-murid, para guru dan tonggak profesionalisme yang memandu penjawat awam," katanya dalam hantaran di Facebook rasminya.


Fadhlina turut berkongsi mesej terbuka Hasmadi kepada Menteri Pendidikan yang dimuat naik di media sosial guru berkenaan.


Beliau yang juga Ketua Wanita KEADILAN turut menekankan bahawa pendekatan administratif yang baik hanya boleh dicapai apabila wujud ketelusan di peringkat bilik darjah, sekolah dan pejabat pendidikan.


Sementara itu, tinjuan di ruangan komen mendapati rata-rata pelayar media sosial menghargai pendirian disuarakan Fadhlina.


Izatul Nadia di ruangan komen berharap tindakan dikenakan terhadap pegawai yang memberi tekanan kepada guru berkenaan.


"Buat pertama kali sepanjang berkhidmat selama 15 tahun saya dengar pendirian sebegini.. Bersikap terbuka menerima kritikan, perbezaan pandangan dan teguran..datang dari seorang menteri pendidikan.. Alhamdulillah..


"Orang yg memahami agama akan bawa kefahaman agamanya dalam urusan pentadbiran...semoga Allah sentiasa memandu dan memimpin orang-orang yang ikhlas memimpin negara ini," kata pengguna dengan nama Mia Octarina.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page