top of page

Henti serangan ke atas Anwar, hormat PM lantikan Yang di-Pertuan Agong



Kerajaan Perpaduan sudah hampir seminggu tertubuh namun masih terdapat usaha terancang dilakukan di pihak pembangkang untuk menyerang peribadi Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Membantah hal tersebut, Pengerusi Jaringan Bertindak NGO Melayu, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata parti parti pembangkang seharusnya menumpukan usaha membina semula negara yang lembab ekonominya dan mengawal perpecahan rakyat akibat kempen Pilihan Raya Umum ke 15 yang begitu emosi.


Katanya, tidak wajar pemimpin dan penyokong pembangkang terus menghina dan mempertikaikan sosok tubuh PM 10 yang dilantik secara sah oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) tanpa sebarang tujuan yang jelas.


"Setelah Datuk Seri Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri untuk memimpin Kerajaan Perpaduan seharusnya semua pihak bekerjasama menjayakan hasrat mengujudkan kestabilan politik dan meneruskan pembangunan negara.


"Namun ada pemimpin politik dan kelompok serta individu yang masih berkempen menyerang secara peribadi Anwar yang sudah direstui oleh rakyat dan Raja-raja Melayu sebagai PM. Tindakan ini seharusnya dihentikan kerana ia akan terus mengujudkan suasana yang tidak stabil dan merugikan negara.


"Keputusan PRU 15 seharusnya diterima dan dihormati sebagai mandat rakyat. Kami akur pihak yang didapati melanggar peraturan SPR sepanjang tempoh kempen sewajarnya dikenakan hukuman sama ada kesalahan kecil mahupun besar. Amalan merasuah pengundi dengan wang dan ugutan harus didakwa.


"Kami juga kesal bila ada pemimpin politik yang tidak mengawal pengikut dari mengguna media sosial mencetuskan kebencian dan menyerang lawan politik. Menularkan kebencian dengan menyebar fitnah dan maklumat palsu bertentangan dengan syariah Islam yang sering dilaungkan," kata Azmi dalam satu kenyataan.


Menurut Presiden Teras Pengupayaan Melayu itu, setelah kerajaan perpaduan dibentuk maka peranan parti pembangkang dan rakyat ialah menyokong langkah memperkasakan tadbir urus negara yang bermasalah sebelum ini.


Bukannya menhina atau mempertikaikan PM tanpa kesudahan sebagaimana diamalkan oleh sesetengah pihak.


"Kami menggesa atas semangat mengangkat maruah dan memelihara kedaulatan Malaysia, Kerajaan Perpaduan yang sudah terbentuk hendaklah dijayakan. Ushasa meluruskan kembali tatakelola kerajaan hendaklah diperkasakan. Menyantuni nasib rakyat marhaen berdepan kos sara hidup tinggi, menjana pertumbuhan ekonomi dan mengatasi jurang kaya miskin antara rakyat perlu diusahakan.


"Kami mengesa pemimpin politik menasihatkan pengikut masing-masing yang cenderung menyebarkan kebencian dan kenistaan agar dihentikan.


"Kerajaan perpaduan adalah hasrat YDPA yang perlu dihormati. Ia tidak harus ditolak dengan hanya isu bilangan Akuan Bersumpah. YDPA telah meneliti semua fakta dan mendengar pandangan Raja-raja Melayu . Lantaran itu mana-mana pihak yang mempertikai keputusan YDPA boleh dianggap derhaka," katanya lagi.


Sehubungan itu, Azmi berharap Datuk Seri Anwar meneruskan agenda Kerajaan Perpaduan dalam pentadbiran beliau serta memperbetulkan tatakelola negara, mengangkat prestasi ekonomi, membela golongan terpinggir dan mengangkat semula imej negara di mata dunia.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page