top of page

Henti polemik calon parlimen Sungai Buloh, tumpu usaha tawan Putrajaya - Sivarasa



Polemik pengguguran penyandang parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah sebagai calon mempertahankan kerusi KEADILAN pada Pilihan Raya Umum (PRU) 15 seharusnya dihentikan.


Menurut Sivarasa, keputusan untuk tidak meletakkan beliau di parlimen berkenaan telah pun dibuat atas faktor kesihatannya.


Oleh itu, beliau tidak mahu ada pihak yang memanjangkan lagi polemik berkenaan yang sebelum ini telah diulas oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengarah Pilihanraya Rafizi Ramli.


"Sejak tiga bulan lalu, saya menghadapi masalah dengan pita suara saya dan sedang menggunakan penguat pertuturan untuk membantu dan melindungi suara saya.


"Datuk Seri Anwar telah mengemukakan kepada saya kebimbangannya tentang perkara ini dan sama ada saya boleh menguruskan kempen. Saya mempunyai pandangan berbeza dan menerangkan cara saya menguruskan kempen dengan mengambil kira keadaan suara saya.


"Sehingga pagi Jumaat 28 Oktober, nama saya kekal sebagai calon Sg Buloh. Kira-kira jam 5 petang hari itu, saya menerima pesanan ringkas daripada Datuk Seri Anwar mengatakan selepas perbincangan lanjut, beliau telah memutuskan saya tidak akan menjadi calon. Datuk Seri Anwar telah cuba menghubungi saya sejurus sebelum teks itu, tetapi saya tidak dapat menjawab panggilan itu," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Pengerusi Biro Undang undang KEADILAN itu, beliau menerima dengan hari terbuka keputusan untuk menggantikannya dengan calon lain.


Berkenaan pencalonan Datuk Seri Khiary Jamaluddin di Sungai Buloh, Sivarasa mengesa jentera pilihan raya menumpukan seluruh tenaga untuk memastikan kemenangan berpihak kepada KEADILAN-Pakatan Harapan di parlimen tersebut.


"Saya menerima sepenuhnya keputusan Datuk Seri Anwar selaku ketua parti. Dia berhak membuat keputusan muktamad dengan mengambil kira pandangannya tentang keadaan kesihatan saya juga sebarang faktor lain yang dianggap relevan.


"Hakikat bahawa Khairy Jamaluddin akan menjadi calon BN telah diketahui oleh kita selama beberapa hari ini, dan sebenarnya telah dibawa ke perhatian saya oleh Datuk Seri Anwar.


"Oleh itu, saya minta polemik saya tidak menjadi calon ini dihentikan. Lebih penting fokus kepada kempen untuk PH memenangi Putrajaya," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page