top of page

Henti permain hukum Islam, Muhyiddin digesa bertaubat



Kenyataan yang dikeluarkan oleh pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin bahawa 'haram' memberi undi kepada Pakatan Harapan (PH) dan calonnya Suhaizan Kayat dalam Pilihan Raya Kecil parlimen Pulai merupakan satu tindakan politik murahan bertujuan memperdaya pengundi.


Bagi Naib Pengerusi Biro Pendidikan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Muhammad Azha Salahudin, kenyataan Muhyiddin itu menunjukkan kecetekan pemikiran beliau sebagai ahli politik utama di negara ini.


"Sebagai pengerusi parti politik, beliau seharusnya lebih matang dan bijak dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan dan tidak terlampau ekstrem berpolitik sehingga sanggup mempermainkan hukum hakam Islam.


"Tak salah sekiranya kita ingin memperjuangkan politik Islam tetapi jangan sesekali mempergunakan Islam untuk kepentingan politik dan kuasa duniawi," kata Azha dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, Ketua Penerangan AMK Setiawangsa berkenaan menggesa agar Muhyiddin segera bertaubat daripada keterlanjurannya dan pemimpin PN yang lain berhenti mempergunakan isu agama dan kaum untuk mendapatkan sokongan rakyat.


"Berpolitiklah secara matang dengan membentangkan cadangan dan pandangan untuk memajukan negara dan negeri demi menjaga kebajikan rakyat.


"Berhenti daripada terus mengeluarkan fatwa politik songsang dan mampu memberi imej buruk kepada orang Melayu serta mencalarkan imej kesucian agama Islam.


"Jangan disebabkan kerakusan kuasa dan politik, imej Islam terus dipandang hina oleh orang bukan Islam," katanya lagi.


Muhyiddin mengeluarkan kenyataan haram mengundi Suhaizan itu sewaktu berceramah di Taman Kempas, kelmarin.


Kenyataan tersebut telah menerima banyak kecaman di media sosial dan mendapat teguran Menteri Agama Datuk Na'im Mokhtar untuk tidak mengelirukan hukum hakam Islam.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page