top of page

Henti mimpi rampas negeri PH, bukti keupayaan PN tadbir negeri sendiri



Perikatan Nasional (PN) dicabar membuktikan kejayaan di negeri yang ditadbir oleh mereka sendiri terlebih dahulu sebelum memasang impian menawan negeri dikuasai Pakatan Harapan (PH).


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Muhammad Fadzli Roslan menempelak hasrat PN merampas sekurang-kurangnya 15 kerusi DUN di negeri itu pada pilihanraya yang bakal diadakan pada Julai ini dan menyarankan mereka 'mengukur baju di badan sendiri'.

"Gesaan saya, ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) dan Ahli Parlimen PN mengukur baju di badan sendiri.


"Mereka digesa menumpukan seluruh perhatian terhadap permasalahan-permasalahan rakyat di kawasan masing-masing yang mungkin akan ‘dirampas’ oleh Kerajaan Perpaduan nanti.


"(Jadi), simpan cita-cita untuk menawan Pulau Pinang jika kawasan mereka sendiri pun tidak terjaga," katanya sambil menegaskan rakyat Pulau Pinang sudah bijak memilih pemimpin terbaik untuk membela nasib mereka


Menambah kritikannya, Muhammad Fadzli mendakwa, umum mengetahui keberadaan ADUN dan Ahli Parlimen pembangkang di Pulau Pinang sebelum ini yang tidak menampakkan kesungguhan dalam membantu rakyat.


Sebaliknya mereka jelasnya lebih gemar ‘bermain’ naratif dan politik daripada ‘menjuarai’ isu rakyat.


"Kerajaan Pulau Pinang di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) telah banyak membantu rakyat dalam pelbagai isu.


"(Sebagai contoh), sejak 2009, sebanyak RM33.2 juta jumlah peruntukan telah disalurkan bagi tujuan pembangunan agama Islam di negeri ini dan jumlah peruntukan ini ditambah setiap tahun.


"Sebanyak 136,333 buah rumah mampu milik juga telah dibina sejak 15 tahun lalu yang memberi banyak manfaat kepada penduduk negeri ini," katanya.


Selain itu jelas beliau, pembangunan pesat dalam sektor industri juga peluang pekerjaan yang banyak ditawarkan ketika ini adalah merupakan antara manfaat yang dikecapi bukan sahaja oleh penduduk Pulau Pinang tetapi penduduk negeri lain termasuk Kedah dan Kelantan yang datang mencari rezeki.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page