top of page

Henti main politik isu logo dan tema Hari Kebangsaan - AMK



Oleh: Abdullah Zaid


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia menyeru para pemimpin negara berhenti bermain politik yang hanya berpaksikan berkepentingan sendiri atau sesebuah parti.


Menerusi satu kenyataan, Exco AMK Fify Nuriety Harfizy berkata, konsep Malaysia MADANI yang kemudian diambil sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini tidak membawa apa-apa elemen kepartian sebaliknya makna konsep tersebut menekankan kepentingan rakyat.


"Oleh itu hentikan bertelagah kerana logo dan melakukan sesuatu yang mengelirukan rakyat. PRN telah pun berlalu, sudah masanya untuk seluruh barisan pimpinan tidak kira daripada blok kerajaan mahupun pembangkang merapatkan saf dan mula bekerja," katanya dalam kenyataan.


Fify Nuriety berharap pihak pembangkang akan membuka lembaran baharu politik Malaysia selepas pilihanraya agar ia boleh dijadikan contoh kepada generasi di kemudian hari.


"Adalah lebih baik kita bersatu hati demi kesejahteraan dan keharmonian rakyat. Dinamik yang ada pada Kerajaan Perpaduan ini saya yakin akan membawa perubahan yang lebih ideal, bernafas baru dan efektif," katanya.


Dalam pada itu, AMK memuji sikap keterbukaan Kerajaan Terengganu yang memutuskan untuk menggunakan logo yang sama dengan Persekutuan dalam sambutan kemerdekaan tahun ini biar pun negeri itu ditadbir oleh Pas-PN.


"Ia perlu dicontohi oleh negeri pembangkang yang lain. Soal parti mana yang memimpin, itu soal kedua. Apa yang penting ia perlu membawa suasana politik yang lebih matang dan adil bagi semua.


"Di mana walaupun berbeza ideologi, namun masing-masing perlu bersama demi kesejahteraan Malaysia," ujar Fify Nuriety lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page