Henti lantikan politik jawatan bukan eksekutif dalam GLC


Lantikan jawatan bukan eksekutif di dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) harus dihentikan serta merta, bukan sahaja di Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) tetapi ke atas semua GLC.


Hal terbabit disuarakan oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.


Menurut Hassan, lantikan ke jawatan di GLC haruslah berdasarkan merit dan bukannya sebagai habuan politik atau membeli kesetiaan.


"Perlu dihentikan lantikan ahli-ahli politik untuk jawatan bukan eksekutif dalam GLC kerajaan ini. Amalan yang ada sekarang merupakan satu bentuk rasuah politik.


"Syarikat-syarikat GLC boleh beroperasi secara profesional dengan Pengerusi Eksekutif kerana GLC ini berada dalam kawalan menteri dan Kabinet.


"Tugas dan tanggungjawab Ahli Parlimen sebaliknya menjadi ahli profesional sepenuh masa sebagai penggubal undang-undang. Di situ sebenarnya kerja hakiki mereka, bukannya menguruskan LRT sebagai contoh. Sudah ada pegawai-pegawai eksekutif yang dibayar gaji tinggi, apa perlu ditambah beban kewangan GLC dengan lantikan bukan eksekutif dari kalangan ahli-ahli politik?" tanyanya.


Hassan membayangkan ratusan juta ringgit dapat dijimatkan dalam setahun sekiranya GLC tidak memberi elaun kepada jawatan bukan eksekutif berkenaan.


"Bayangkan berapa ratus juta, mungkin bilion ringgit setahun dapat diselamatkan sekiranya jawatan-jawatan bukan eksekutif ini dilupuskan?

"Bukan hanya jawatan Pengerusi bukan eksekutif Prasarana sahaja yang perlu dilupuskan tetapi banyak lagi syarikat GLC kerajaan seperti Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Pengerusi Felcra, Pengerusi Felda, Pengerusi Risda, Pengerusi Tabung Haji,Pengerusi Syarikat Perumahan Negara, Pengerusi PNB, Pengerusi MARA, Pengerusi PTPTN dan lain-lain yang perlu dilupuskan.


"Biarkan orang-orang profesional yang layak, bermerit dan berintegriti menjalankan syarikat-syarikat GLC tersebut," katanya lagi.


Beliau menggesa kerajaan Perikatan Nasional mengambil berat cadangan banyak pihak melupuskan kewujudan jawatan bukan eksekutif sebagai agenda reformasi dalam institusi kerajaan demi mengwujudkan urus tadbir yang profesional, cekap dan menjimatkan kewangan negara.


Baru-baru ini dua tren LRT laluan Kelana Jaya bertembung di dalam terowong antara Stesen LRT KLCC dan Stesen LRT Kampung Baru. Seramai 213 penumpang cedera dengan 47 daripadanya cedera parah.


Lanjutan dari itu, atas desakan rakyat yang marah dengan gurauan Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana, Tajuddin Abdul Rahman berkenaan kejadian tersebut, maka perkhidmatan beliau ditamatkan serta-merta.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
5304
64
8163
Total
657,508
3908
580,276

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
347,342
9,422
391,535
Total
176,420,883
3,811,183
158,674,643

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER