top of page

Henti jadikan fizikal wanita bahan gurauan atas pentas - Rozy Razid

Writer: Azuan Ab Rahman
Azuan Ab Rahman
1 hour ago
1 min read

Pemimpin politik diingatkan segera menghentikan budaya usik-mengusik dan sindiran terbuka khususnya melibatkan bentuk fizikal wanita di pentas rasmi.


Timbalan Setiausaha Wanita KEADILAN, Noraziah Mohd Razit (gambar) berkongsi gesaan itu susulan tindakan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyentuh perubahan bentuk tubuh Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di hadapan khalayak.


"Walaupun mungkin dianggap sebagai gurauan atau teguran biasa, komen berat badan dan bentuk fizikal wanita di pentas persidangan bukanlah sesuatu yang wajar dinormalisasikan.


"Penghinaan fizikal tetap penghinaan, sama ada terhadap wanita yang dianggap terlalu kurus ataupun terlalu berisi. Niat bergurau tidak akan menghilangkan kesan daripada kata-kata tersebut," katanya dalam satu kenyataan.


Noraziah, yang lebih dikenali sebagai Rozy Razid turut melahirkan rasa kesal kerana isu pemerkasaan wanita dalam kepimpinan sering kali sekadar dijadikan retorik politik.


Lebih mengecewakan, penampilan fizikal golongan wanita diremehkan dalam persidangan parti politik—medan yang sepatutnya difokuskan kepada perbincangan dasar, kepimpinan, dan masa depan rakyat


"Kita sering bercakap tentang memperkasakan wanita dan mahu lebih ramai wanita tampil sebagai pemimpin. Bagaimana kita mahu membina keyakinan wanita sekiranya penampilan dan tubuh mereka masih dijadikan bahan komentar terbuka?


"Wanita sepatutnya dihormati kerana kepimpinan, kebolehan, kerja dan sumbangan mereka, bukan dinilai atau dijadikan bahan jenaka berdasarkan bentuk tubuh.


"Politik Malaysia sudah cukup matang untuk meninggalkan budaya seperti itu. Wanita bukan bahan jenaka di atas pentas, wanita adalah rakan kepimpinan yang wajib dihormati," tegasnya dalam kenyataan tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page