Henti eksploitasi wanita untuk lariskan jualan



Ahli Parlimen Merbok, Nurin Aina meluahkan rasa kesal terhadap hebahan video promosi pelancaran jersi bola negeri Kedah yang menggunakan wanita sebagai pemakai jersi tersebut dengan gaya yang seksi.


Beliau juga terkilan dengan cara teguran yang dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen kepada Menteri Besar Kedah juga melalui video yang tular secara sindiran yang turut menggunakan perkataan tidak manis.


"'Sexist remark' bukanlah budaya percakapan atau gurauan yang wajar diucapkan apatah lagi oleh pimpinan kerana dibimbangi menjadi ikutan tanpa disengajakan.


"Dengan semangat berkobar-kobar untuk memastikan kemenangan pasukan bola, saya yakin tiada sekelumit pun faktor perlunya eksploitasi wanita secara halus dalam mempromosikan jualan barangan rasmi sebagai daya penarik demi mengaut keuntungan," katanya.


Nurin juga berpendapat, dalam menjaga maqasid al-shari'ah yang pimpinan kerajaan negeri Kedah laung-laungkan selama ini, aspek memelihara maruah adalah perkara asas yang mesti diberi perhatian sewajarnya.


"Meletakkan wanita sebagai subjek dalam pengiklanan mengundang unsur eksploitasi, manipulasi dan sangat cenderung menjatuhkan maruah.


"Penglibatan wanita dalam pengiklanan harus digambarkan sebagai suatu kekuatan dan pengajaran yang mengesankan kepada masyarakat bukan mempertaruhkan wanita sebagai komoditi apatah lagi sebagai pelaris.


"Masih banyak cara lain dan perlu berfikir di luar kotak untuk mencipta suatu kelainan dalam sesebuah pengiklanan," katanya.


Justeru, Nurin selaku Pembantu Jurucakap KEADILAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berpandangan bahawa terdapat keperluan RUU Akta Gangguan Seksual wajar disegerakan.


"Ini kerana perbuatan mensensasikan bahagian tubuh wanita dengan niat seksual dan sensual adalah perbuatan yg boleh membawa kepada gangguan seksual secara terbuka dan memberikan kesan buruk dalam masyarakat.


"Sempena Hari Wanita Sedunia yang bakal tiba 8 Mac ini, saya memilih untuk mencabar semua pengiklanan agar tidak menggunakan wanita sebagai objek bagi tujuan melariskan jualan demi menjaga al-karamah al-insaniah (kemuliaan insan)," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER