top of page

Henti desakan Undi Percaya: PN terus bermain politik, bukan PH - Shamsul Iskandar



Kenyataan Ketua-ketua Penerangan Parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) yang menyeru agar pembangkang tidak lagi meneruskan desakan diadakan Undi Percaya ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jelas menampakkan sikap sebenar gabungan tersebut yang mahu memanjangkan lagi isu keabsahan pentadbiran PM Ismail Sabri.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, bukan Pakatan Harapan (PH) yang kemaruk bermain politik, tetapi PN yang masih tidak menghormati titah Yang di-Pertuan Agong agar diadakan Undi Percaya menyebabkan suhu politik sukar disejukkan.


Katanya, dalam keadaan kerajaan PN dan PH mula berdamai dengan perjanjian persefahaman yang ditandatangani petang ini, tidak perlulah Ketua-ketua Penerangan PN menuduh PH tidak ikhlas berpolitik dan tidak mengutamakan rakyat.


"Ini persis makna peribahasa 'rumah siap pahat masih berbunyi'.


"Sindiran sebegini menunjukkan PN masih terus ingin bermain politik.


"Fakta menunjukkan yang menarik sokongan daripada menyokong Mahiaddin dulu kumpulan mereka sendiri, dan bukannya pembangkang," kata Shamsul dalam kenyataan balas ringkas.


Pagi tadi, ketua-ketua Penerangan komponen PN berkata pemimpin PH bermuka-muka ingin berkerjasama dengan kerajaan PN tetapi dalam masa sama tetap mendesak agar Undi Percaya dibentang di Dewan Rakyat yang memberi isyarat pertentangan politik akan kekal panas sepanjang sidang Parlimen kali ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page