Henti bina kapal tentera laut: 'Hishamuddin angkuh, tak dengar kenyataan penuh'



Kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang berkata Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba mendapatkan keuntungan politik apabila mencadangkan projek membina kapal tempur pesisir (LCS) fasa enam dihentikan, dibidas.


Menurut Anwar, Hishamuddin tidak mendengar dengan teliti kenyataan beliau dalam sidang media 4 Ogos lalu bahawa projek yang berjalan diteruskan tetapi kewangan tambahan yang diminta perlu diteliti semula.


"Pertama saya kata semua fasa yang on going diteruskan, dia tak baca dan dia tak dengar. Itu masalahnya.


"Dia terlalu angkuh, tak baca, tak dengar dan kata kita suruh tutup, dan orang marah," katanya dipetik Astro Awani.


Presiden KEADILAN itu menyambung, pihak yang marah tentunya kontraktor dan yang menerima komisyen.


Sedangkan beliau mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pihak pihak berkenaan yang menyebabkan projek berkenaan tidak siap sebagaimana dijadualkan.


"Siapa yang marah, kontraktor, yang kutip komisyen. Yang marah ini yang kita minta ialah pantau projek yang sedang berjalan.


"Siapa pun dia, mengapa tidak ada tender? Mengapa ada kecuaian dan kelewatan? Siapa yang dapat komisyen? Ini semua harus disiasat segera oleh SPRM," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER