top of page

Henti beri gelaran buruk sesama Islam - bekas Mufti



Bekas Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menasihati semua pihak yang gemar menggelar individu tertentu dengan panggilan buruk kerana berbeza fahaman politik supaya segera menghentikan perbuatan tersebut.


Dipetik laporan media Dr Wan Salim berkata, beliau bimbang perbuatan tidak wajar itu terutama kepada sesama Islam akan menjadi ikutan masyarakat.


"Tidak wajarlah digunakan gelaran yang tak baik terutama sekali yang mengeluarkan orang Islam itu dari agamanya.


"Fenomena takfiri yang maknanya mengkafirkan sesama Islam adalah tidak digalakkan dalam Islam malah haram dan dilarang agama kita.


"Berdasarkan beberapa hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, kalau seorang Muslim kafirkan saudaranya, sama ada saudara itu betul kafir atau saudara itu tak kafir, kekufuran itu kembali kepada yang menuduhnya. Itu masalahnya.


"Elakkanlah tuduh-menuduh, gelaran tidak sepatutnya seperti dajjal, mengkafirkan atau sebagainya. Sebab dajjal ini makhluk paling keji dalam Islam," katanya dipetik.


Terdahulu Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang melalui satu hantaran di laman Facebooknya minggu lalu sekali lagi dikritik.


Bekas duta khas bertaraf menteri itu menuduh UMNO - bersama Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan - "membeli rakyat dengan wang dan kebendaan" untuk mengawal negara yang menurutnya sebagai cara dajjal.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page