top of page

Hayati semangat pengorbanan, kenang saudara di Gaza - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam agar menghayati semangat pengorbanan Aidiladha bukan hanya sebagai ibadah fizikal, tetapi sebagai lambang solidariti, keinsafan dan perjuangan umat sejagat.


Katanya, umat Islam tidak harus melupakan saudara seagama, khususnya di Gaza, yang berkorban mempertahankan tanah air mereka dalam keadaan penuh penderitaan.


"Aidiladha menyemai semangat takbir ‘Allahuakbar’ yang seharusnya disusuli dengan usaha membantu mereka yang memerlukan," katanya dalam perutusan Aidiladha yang disiarkan di Facebook.


Anwar turut mengimbas kisah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s, sebagai simbol ketaatan mutlak kepada Allah SWT yang sarat dengan nilai dakwah, ilmu dan dialog.


"Kisah itu bukan sekadar tentang pengorbanan seorang ayah dan anak, tetapi menunjukkan pendekatan dakwah Nabi Ibrahim yang berasaskan hujah, perbincangan dan budaya ilmu untuk membina masyarakat berfikir dan berdisiplin," ujarnya.


Beliau turut mendoakan agar umat Islam di Malaysia dan para jemaah haji diberikan kekuatan serta kesabaran dalam melaksanakan ibadah, yang menurutnya adalah kemuncak pengorbanan rohani.


Mengakhiri perutusannya, Anwar memetik Surah Al-Hajj ayat 37 yang menekankan bahawa yang diterima Allah daripada ibadah korban bukanlah daging atau darah, tetapi keikhlasan dan ketaqwaan.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page