
Perayaan Deepavali yang disambut masyarakat India beragama Hindu hari ini mengandungi makna besar kepada perjuangan menegakkan keadilan.
Dalam perutusan khas sempena Deepavali, Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru masyarakat India agar menumpaskan kezaliman dan berusaha mencari gemerlapan cahaya buat negara serta keluarga.
"Saya ucap selamat meyambut Deepavali yang merayakan satu peristiwa yang sangat bermakna kerana ia menandakan kemenangan keadilan menumpaskan kezaliman. Ia menandakan semaraknya cahaya gemerlapan menggantikan era kegelapan.
"Kalau kita betul betul menghayati semangat ini bermakna tanggungjawab kita semua adalah bekerja, bergerak dalam semangat raya tetapi tahu apa mesejnya.
"Mesejnya menumpaskan kezaliman, menghindari kegelapan dan mencari cahaya yang baru bagi masyarakat kita dan keluarga kita yang tercinta," katanya.